Touch ‘n Go Lancar Bazar Ramadan Kashless Di Kampong Bahru Tanpa Tunai

Mod pembayaran tanpa tunai atau cashless kita semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Buat pertama kalinya di Malaysia, bazar Ramadan tanpa tunai akan dijalankan di Kg. Kashless di Kampong Bahru.

Bermula 6 Mei, pengunjung boleh memilih untuk melakukan pembelian tanpa tunai dari lebih 400 buah gerai dan dapatkan ganjaran pulangan wang tunai sehingga RM1 juta.

Bazar Ramadan Kampong Bahru Kashless

Untuk memaknakan lagi bulan Ramadan anda, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung dengan momen-momen #RayaSempoi seperti:

1. Ketupat Runtuh – lakukan pembelian menggunakan e-dompet di bazar dan 50,000 cawangan lain dan berpeluang mendapatkan pulangan wang tunai sehingga RM1 juta.

2. Kucing Kashless Rekomen – Kemas kini mingguan melalui aplikasi e-dompet mengenai senarai 10 pilihan makanan terbaik dan 10 kejadian terbaik di bazar.

3. Katch Kucing Kashless – Jadi antara yang terpantas menjumpai lima ‘kucing’ di bazar, swafoto bersama ‘kucing’ dan muat turun gambar di Facebook untuk menangi hadiah menarik. Jangan lupa sertakan sekali tanda pagar #KatchKucing #rayasempoitng #rayasempoi #tngewallet.

4. Siapa Yang Best! – Undi gerai kegemaran anda di bazar dengan menggunakan aplikasi e-dompet. gerai yang mendapat undian tertinggi akan dipaparkan di laman Facebook Touch ‘n Go setiap minggu.

5. Hadiah Tambahan Sempoi – Lihat gerai di aplikasi Touch ‘n Go bagi merebut tawaran hebat dan barangan eksklusif serendah RM2.

Selain itu, anda juga boleh ‘lepak-lepak’ berbuka bersama artis kegemaran anda iaitu Alif Satar (11 Mei) dan Nabila Razali (18 Mei).

Nak sertai misi pengedaran bubur lambuk? Jom sertai skuad Touch ‘n Go 10 Mei ini.

Nak tambah pahala pada bulan puasa yang mulia ini pun lebih mudah dengan aplikasi e-dompet Touch ‘n Go. Pengunjung Masjid Jamek Kampong Bahru hanya perlu scan kod QR yang ada dan masukkan amaun yang mahu didermakan.

Menjalinkan kerjasama dengan Kechara Soup Kitchen, setiap lebihan makanan dari bazar akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Para pengunjung juga boleh membawa bekas makanan dan minuman sendiri termasuklah beg kitar semula sebagai satu langkah mengurangkan sisa buangan.

Bagaimana nak ke Bazar Ramadan Kampong Bahru Kashless?

Dengan menggunakan pembayaran e-dompet pada aplikasi EZCab, anda boleh dapatkan diskaun RM4.. Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari laman Touch ‘n Go di sini.

Bazar Ramadan Kampong Bahru Kashless

Jom sama-sama sertai dan berbelanja di Bazar Ramadan Kampong Bahru Kashless dan dapatkan pulangan wang tunai. Berbaloi-baloi aktiviti berbelanja anda.

Bolehlah ajak kawan-kawan berbuka di sini.

SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Mall – #CubaRasa MakanLena

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.