3 Aneka Minuman Ribena Untuk Dicuba Sepanjang Ramadan

Setiap isi rumah pasti memiliki air Ribena walaupun sebotol. Keistimewaan air Ribena menjadikan minuman yang diperbuat daripada buah blackcurrant New Zealand ini hanya dihidangkan apabila tibanya bulan Ramadan dan juga pada waktu raya.

Aneka Ribena
Sumber: Says

Hidang air Ribena sahaja terlalu biasa kan? Apa kata kita olah sedikit tetapi rasanya tetap enak dan lebih menyegarkan. Jom lihat resipi minuman Ribena ini.

1. Ribena Refresher

Aneka Ribena
Sumber: Danish Harraz

Bahan-bahan:

Kordial Ribena secukupnya
1 biji lemon dihiris
5 biji asam Boi
4 batang Serai, diketuk sedikit
1 tin laici, ambil buahnya saja
(Bahan boleh dilebih atau kurangkan ikut cita rasa. Boleh juga tambah buah-buahan lain, cincau, Nata De Coco atau apa saja yang disukai)
10 helai Daun Pudina atau lebih
Air
Ais kiub

Cara penyediaan:

Sediakan bekas besar, masukkan serai, hirisan lemon, asam boi, laici, dan daun pudina. Kemudian tuangkan kordial Ribena dan masukkan air, kacau rata. Sesuaikan mengikut cita rasa dan sedia untuk dihidangkan.

2. Ribena Smoothie

Aneka Ribena
Sumber: Doktor Sihat

Bahan-bahan:

Kordial Ribena
1/4 cawan yogurt
3 sudu besar susu pekat
1 sudu besar madu
Ais

Cara penyediaan:

Masukkan semua bahan ke dalam pengisar (seimbangkan manis air mengikut cita rasa).

3. Ribena Bandung

Aneka Ribena
Sumber: _mr_nazkeai

Bahan-bahan:

Susu segar yang telah didinginkan
Ais
Kordial Ribena

Cara penyediaan:

Campurkan susu dan kordial Ribena, kemudian masukkan air dan kacau rata.

Semuanya mudah sahaja kan?

Selamat mencuba!