Terkenal sebagai selebriti media sosial yang seringkali memuatnaik resipi di Instagram, Adamdidam atau nama sebenarnya Adam Mahamed Ismail telah menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi.
Berita tersebut dikongsikan sepupu beliau, Natasha Amran di laman Instagramnya.
https://www.instagram.com/p/BxnpLcGhYwj/
Adam yang berusia 29 tahun akibat jangkitan paru-paru telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan akan dikebumikan selepas solat Zohor hari ini.
Sebelum masuk dalam dunia masakan, Adam pada awalnya bekerja sebagai Perancang Strategik di Petronas. Beliau juga erupakan peserta dalam rancangan memasak Hero Oven musim kedua di TV3.
Bapa saudara kepada Mukhtar, Fatimah dan Ali yang popular kerana petah berbahasa Kelantan walaupun tinggal di UK yang dikenali sebagai Mamajee ini merupakan seorang yang sangat penyanyang kepada anak buahnya.
https://www.instagram.com/p/Br7TF-oAwpt/
Antara resipi unik yang beliau kongsikan kepada umum:
https://www.facebook.com/makanlenadotcom/videos/368615117260664/
Salam takziah buat keluarga Adam. Kami doakan agar beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan rohnya dicucuri rahmat Allah.
Al-Fatihah.
Dengar kata sekarang ni Foldover Chicken ada promosi beli 1 percuma 1.
Review McDonald’s Chicken Foldover & Nasi McD
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.