Konkrit Kawasan Pembinaan LRT Gombak Runtuh

Sebahagian daripada struktur bangunan parkir bertingkat Stesen LRT Gombak runtuh menyebabkan kecederaan kepada tiga orang pekerja binaan; dua cedera dan seorang lagi terperangkap.

LRT Gombak Runtuh

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.13 pagi, awal pagi tadi melibatkan bangunan berkeluasan 2,500 meter persegi yang masih dalam pembinaan. Dua jentera Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju dan Gombak Selatan dikejarkan ke lokasi runtuhan.

Pihak bomba yang giat menjalankan operasi mengalihkan konkrit yang runtuh selain daripada mengesan mangsa lain dengan menggunakan anjing pengesan K9. Manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber: Utusan Online

Boleh ajak kawan-kawan ke sini. Berbaloi.

Nasi Arab @Al Rawsha

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.