Hampir nak raya, makin ramailah yang mencari resipi kuih raya yang senang dan mudah untuk dimasak. Bukan apa, ada ibu-ibu yang sibuk bekerja tapi masih lagi mahu sediakan kuih raya untuk keluarga.
Ini kami cadangkan resipi kuih Almond Nib yang hanya gunakan dua bahan sahaja.
Bahan-bahan:
*1 kg badam cincang
*1 kg coklat masakan
Cara penyediaan:
1. Panggang kacang badam sehingga masak lebih kurang 20 minit dengan suhu 160 darjah. Terbalikkan badam supaya dipanggang dengan sekata. Yang tak ada oven, boleh sangai (goreng tanpa minyak) atas kuali hingga berwarna agak keperangan. Apabila sudah cukup masak, biarkan kacang sejuk.
2. Cairkan coklat masakan dengan menggunakan kaedah double boiler.
3. Campurkan kacang badam yang sudah dimasak tadi dengan cairan coklat dan gaul sehingga rata.
4. Masukkan campuran tadi ke dalam kertas acuan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
5. Selepas campuran tadi sudah keras, simpankan ke dalam bekas dan tutup dengan rapat.
Nota: Jangan risau, coklat tersebut tidak akan cair.
Mudah kan? Hanya gunakan dua bahan, siaplah kuih Almond Nib anda. Dahlah senang nak buat, dan hasilnya pasti digemari oleh anak-anak.
Selamat mencuba!
Sumber: Rasilah Daud
Penginapan dekat dengan pualu-pulau yang cantik.
5 Pulau Pilihan Utama Pelancong Ke Phuket
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.