Sakit Perut Lepas Minum Susu Bukan Sebab Keracunan, Tapi…

Sistem badan setiap individu tidak sama. Sebab itulah adanya individu tidak boleh memakan sesetengah benda, seperti ayam, makanan laut atau pun kekacang.

Tetapi, ada juga yang tersalah sangka ketidak tahanan badan dengan keracunan makanan. Contohnya, rasa sakit perut selepas minum susu yang disangka sebagai keracunan sedangkan ianya berkaitan dengan ketidakmampuan mencerna gula laktosa (lactose intolerance).

Lactose intolerance atau intoleransi laktosa adalah ketidadkmampuan seseorang mencerna gula laktosa yang boleh didapati daripada produk tenusu dan susu. Laktosa dicernakan oleh satu enzim iaitu laktase yang bertindak memecahkan laktosa kepada dua bentuk gula lebih sederhana iaitu glukosa dan galaktosa yang kemudiannya diserap oleh tubuh untuk disalurkan ke aliran darah.

Sakit Perut Lepas Minum Susu 2
Sumber: Pedoman Bengkulu

Menurut seorang pakar perubatan, Dr. Zubaidi Hj Ahmad, intoleransi laktosa kebiasaannya terjadi pada golongan kanak-kanak dalam kalangan penduduk Afrika, Amerika, Asia dan Mexico.

Jadi boleh ke orang yang kurang toleransi pada laktosa ini minum susu atau makan makanan daripada produk tenusu?

Boleh sahaja. Anda hanya perlu mengawal pengambilan makanan tersebut tanpa perlu berpantang. Anda perlu mencari sumber kalsium dan vitamin D daripada sumber lain kerana tidak mendapatkannya daripada produk tenusu dan susu.

Anda perlu tahu jumlah yang anda selesa untuk ambil berdasarkan daripada gejala-gejala yang muncul selepas minum atau makan produk tenusu dan susu.

Macam mana nak tahu seseorang itu menghidap intoleransi laktosa?

Selepas 30 minit hingga 2 jam pengambilan susu dan produk susu, individu tersebut akan mengalami tanda-tanda seperti:

1. Sakit perut (rasa memulas)
2. Kembung perut
3. Loya dan muntah
4. Cirit-birit

Manakala kanak-kanak akan memiliki gejala yang sedikit berbeza daripada orang dewasa:

1. Najis berbuih
2. Ruam gatal pada dubur dan kulit
3. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal perlahan

Apa bezanya tanda-tanda intoleransi laktosa dengan keracunan makanan?

Tanda keracunan makanan kebiasaannya akan lebih teruk, contohnya demam, cirit-birit yang teruk, rasa memulas yang keterlaluan, individu tidak lalu makan akibat daripada loya dan muntah seterusnya menjadikan tubuh berada dalam keadaan lemah.

Sakit Perut Lepas Minum Susu 3

Apa sebab berlakunya intoleransi laktosa?

1. Meningkatnya usia. Intoleransi laktosa biasanya muncul apabila usia meningkat. Sebab itu ada yang mengadu, “Dahulu saya boleh minum susu tetapi sekarang tak boleh sebab perut saya akan kembung”.

2. Bayi yang lahir secara pramatang mengalami kekurangan enzim laktase kerana usus mereka tidak matang.

3. Penyakit pada usus kecil. Masalah usus kecil yang boleh menyebabkan intoleransi laktosa berlaku termasuk pertumbuhan “bakteria jahat” yang berlebihan, penyakit celiac dan penyakit Crohn.

4. Rawatan kanser tertentu terutamanya rawatan radioterapi pada abdomen, boleh menyebabkan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat intoleransi laktosa.

**Kalsium dan vitamin D adalah sangat penting kepada kanak-kanak, remaja, ibu mengandung dan menyusukan anak serta wanita yang sudah menopause. Makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti udang, brokolo dan sayuran berdaun hijau selain daripada pengambilan pil kalsium.

Enzim laktase dalam bentuk titisan dan kunyahan sudah ada di pasaran. Ada juga jenama susu yang mengeluarkan susu yang mesra pesakit intoleransi laktosa contohnya jenama Farm Fresh dengan kadar nutrisi seperti di bawah:

Fakta Nutrisi (setiap 100ml):

Tenaga – 65kcal
Karbohidrat – 4.3 gram
Jumlah lemak – 3.8 gram
Protein – 3.4 gram
Sukros – 0 gram
Laktos – 0 gram
Kalsium – 122 miligram

Bahan: 100% Susu Lembu Segar, Lactase

Sakit Perut Lepas Minum Susu

Sumber: Dr. Zubaidi Hj Ahmad

Poyo sungguh Salt Bae.

13 Gaya ‘Poyo’ Salt Bae Dalam 3 Minit

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.