Tiada Swafoto, Tidak Boleh Naik Grab

Berikutan kes seorang pemandu Grab di Sabah yang dilaporkan hilang dan kemudian mayatnya ditemui di Tuaran, Grab kini memperketatkan sistem keselamatan dengan memperkenal peraturan baharu.

Peraturan baharu itu memerlukan penumpang Grab mengambil swafoto terlebih dahulu sebelum menaiki kenderaan yang ditempah. Grab ingin mengesahkan penumpang serta menjaga keselamtan pemandu sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Peraturan baharu itu akan berkuat kuasa mulai 12 Julai ini melalui pengumuman yang dikeluarkan pada aplikasi tersebut.

swafoto naik Grab
Sumber: Says

Gambar swafoto ini khusus untuk tujuan pengesahan penumpang, keselamatan dan juga untuk membantu pihak berkuasa. Gambar-gambar yang diambil juga tidak akan dikongsi dengan para pemandu Grab.

Demi mengelakkan identiti palsu, Grab boleh meminta penumpang untuk menghantar gambar swafoto baharu bagi mengesahkan identiti mereka apabila diperlukan.

Ini bukan peraturan baharu dalam industri e-panggilan kerana perkhidmatan lain juga telah menggunakan kaedah swafoto dan gambar kad pengenalan untuk pengesahan seperti Carriage for Her dan Mula.

Sumber: The Star

Makan piza sini terasa makan di Itali.

Homemade Pizza @Beb Stoneoven, Kajang

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.