AirAsia Tawar Tambang Rendah Ke China Khas Untuk Pelanggan Astro

Pelanggan Astro yang bercita-cita mahu ke China, cepat rebut tawaran khas dari AirAsia kali ini. Tawaran tiket tambang rendah Air Asia ke China kali ini hanya menyasarkan kepada pelanggan Astro sahaja!

Menjalinkan kolaborasi bersama Astro, AirAsia membuka tawaran ini untuk mereka ke semua destinasi di China menerusi program Astro Rewards. Tiket yang boleh ditempah sehingga 15 Jun ini membolehkan anda terbang dari 1 November hingga 2 Jun 2020.

Sempat lagi nak kumpul duit dan rancang perjalanan.

Selain daripada itu, dengan hanya berkongsi tip melancong di Instagram anda boleh menang sepasang tiket penerbangan! Jangan lupa sertakan tanda pagar #AATIPSWIN di setiap hantaran tip anda sepanjang tempoh peraduan iaitu 15-21 Jun.

Mudah bukan? Jangan lupa sertai sekarang. Tonton video di bawah untuk tahu dengan lebih lanjut.

Sambil-sambil itu, jom tengok apa yang menarik di China selain daripada lawatan ke Beijing dan Shanghai.

1. Hangzhou

Dikenali sebagai syurga dunia, pemandangan di Hangzhou dilatari dengan tasik, taman, tokong, rumah teh dan bukit yang memukau.

Tempat Di China 2

2. Sichuan

Kalau nak tengok panda seperti yang selalu anda lihat di video-video Facebook, anda bolehlah ke Chengdu, iaitu sebuah perkampungan haiwan yang turut dijadikan sebagai Pusat Kajian dan Pembiakan Panda. Memang banyak panda di sana.

Tempat Di China 1

3. Xi’an

Kalau anda sukakan sejarah, bolehlah lakukan lawatan di sini. Xi’an merupakan ibu negara pertama abad 221 iaitu semasa pemerintahan Dinasti Qin. Xi;an juga menjadi ibu negara semasa zaman pemerintahan Dinasti Han (abad 206-220, 618-907) dan Dinasti Tang. Pencinta sejarah, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang ini.

Tempat Di China

Selain daripada tiga kawasan di atas, banyak kali kawasan menarik di China. Pilihlah sama ada anda mahu melancong ke destinasi moden atau klasik, semuanya ada.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari laman Facebook rasmi AirAsia.

Sumber: Astro Awani, Limau Mandarin

Terliur pula tengok mereka makan.

Review McDonald’s Chicken Foldover & Nasi McD [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.