Fenomena teh boba semakin menjadi-jadi di Malaysia. Dengan rasa lemak susu dicampur pula dengan gula merah daripada bebola mutiara berwarna hitam dan bertekstur kenyal, ramai yang memilih minuman ini sebagai menu terbaharu kegemaran mereka.
Tidak mahu ketinggalan, Family Mart kini turut mengikut trend dengan memperkenalkan menu baharu mereka dengan harga tawaran RM4.90 sahaja. Family Mart turut meyakinkan pelanggan dengan menu baharu mereka dengan mengatakan ianya ‘mungkin yang terbaik’ antara jenama teh boba lain.
Menggunakan bebola gula perang yang diimport khas dari Taiwan dan 100% susu segar penuh krim, harga RM4.90 ini hanya ditawarkan sehingga 25 Jun sebelum ianya kembali dijual semula dengan harga RM6.90.
Jadi peminat teh boba, ada yang sudah cuba? Bolehlah kongsikan dengan kami bagaimana rasanya, benar ke yang paling sedap?
Terliur pula tengok mereka makan.
Review McDonald’s Chicken Foldover & Nasi McD [#MLTapao – MakanLena]
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.