Nak Tarik Pelancong China Kena Tukar Papan Tanda Bahasa Mandarin, Relevan Ke?

Memang tidak dapat dinafikan, pelancongan merupakan antara sektor yang membawa pendapatan kepada negara. Pada tahun lalu, peningkatan pendapatan sektor pelancongan negara meningkat 2.4% membawa jumlah RM84.1 bilion dengan kehadiran 25.8 juta orang.

Menteri Muda, Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri, Datuk Lee Kim Shin hari ini memberi cadangan bahawa Sarawak perlu menyediakan lebih banyak papan tanda dwibahasa terutamanya dalam bahasa Mandarin.

Papan Tanda Tukar Bahasa 1

Langkah ini adalah bertujuan untuk menarik lebih banyak kemasukan pelancong dari China ke Sarawak, terutamanya ke destinasi pelancongan yang menarik supaya tidak berlaku sebarang kesukaran untuk mereka berkomunikasi.

Beliau turut menyarankan agar pakej pelancongan yang ditawarkan turut diterjemahkan kepada bahasa asing yang mudah dibaca agar keunikan Sarawak dapat difahami selain daripada memperbanyakkan penyediaan kemudahan jalur lebar tanpa wayar di seluruh kawasan tumpuan.

Cadangan itu dibuat dengan melihat kepada peningkatan pelancong China ke Sarawak semakin bertambah berbanding sebelum ini setelah promosi dilakukan secara berterusan. Tambah pula, dalam keadaan dunia teknologi ini, pelancong gemar berkongsi keunikan yang mereka lihat.

Sekiranya isu ini melihat kepada promosi bahasa, kita (Malaysia) tidak akan berpeluang menonjolkan keunikan dan keindahan bahasa kita sendiri kepada orang luar. Namun jika mahu lihat kepada pendapatan negara dalam sektor pelancongan semata, mungkin ianya akan berjaya.

Pada pandangan anda, relevan atau pun tidak cadangan beliau ini?

Sumber: Berita Harian

Set dulang Nasi Arab di Baharat Bistro. Menggiurkan!

Baharat Bistro – Set Dulang Nasi Arab #CubaRasa [Teaser]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.