The Chicken Rice Shop Kini Milik Syarikat Jepun, Zensho Holdings

Terkenal dengan slogan ‘bukan sekadar nasi ayam’, restoran The Chicken Rice Shop (TCRS) merupakan rangkaian restoran nasi ayam terbesar di dunia dengan jumlah cawangan lebih daripada 100 buah.

Minggu lalu pengusaha restoran Jepun, Zensho Holdings Co Ltd telah bersetuju membeli rantaian restoran halal Malaysia, The Chicken Rice Shop, namun tiada pendedahan mengenai harga.

Semalam, tawaran harga untuk pembelian rantaian restoran nasi ayam terkenal di Malaysia itu dikatakan mencecah USD52.86 juta (RM220 juta) didedahkan oleh individu yang tidak mahu untuk dirinya dikenali kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk bercakap dengan media .

The Chicken Rice Shop merupakan syarikat yang diperbadankan di Malaysia pada Jun 2000, berjaya membawa perniagaan nasi ayam ke pasaran Indonesia pada 2007, diikuti ke Australia, Singapura dan beberapa negara Asia yang lain.

Chicken Rice Shop Milik Jepun 1

Urusan ambil alih restoran itu bakal meningkatkan lagi kehadiran firma Jepun di Asia Tenggara dan menambah bilangan kuantiti yang menjalankan operasi di Malaysia selain daripada negara-negara serumpun yang lain iaitu Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Dalam satu kenyataan lepas, Zensho pernah memberitahu bahawa pihak mereka sedang merancang untuk mencipta sinergi antara 100 buah lokasi dan membuka lebih banyak restoran baharu.

Zensho turut melantik syarikat Nomura sebagai penasihat kewangan tunggal dalam perjanjian perniagaan ini.

Mungkin dengan ambil alih perniagaan ini, akan adanya restoran The Chicken Rice Shop yang halal di Jepun? Makin mudahlah pencarian Muslim ketika melancong ke sana kan?

Sumber: The Edge Markets

Memang betul Arab makanan di sini.

Nasi Arab @Al Rawsha

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.