Masjid Baharu Mirip Masjidil Haram Di Kelantan Bakal Jadi Pusat Pelancongan

Menunaikan ibadah haji merupakan rukun Islam kelima bagi umat Islam yang berkuasa dan berkemampuan.

Oleh itu, sekiranya seseorang telah memasuki Mekah, mereka se­ringkali diingatkan bahawa mereka telah tiba di suatu tempat yang suci sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT.

Mekah merupakan lokasi yang tidak pernah lengang kerana menjadi tumpuan Umat Islam di seluruh dunia untuk menunaikan ibadah haji mahupun umrah. Masjidil Haram terletak di Kota Makkah dibina mengelilingi Kaabah yang merupakan kiblat umat Islam.

Keindahan Masjdil Haram menjadikan inspirasi kepada ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk membina sebuah masjid di sana. Pembinaan masjid unik ini akan menjadi pemangkin dan mercu tanda pembangunan ummah khususnya di jajahan Gua Musang, di samping menjadi tarikan pelancongan di sana.

Masjid mirip Masjidil Haram

Selain menjadi tarikan pelancongan, pembinaan masjid unik yang bernilai lebih 23 juta ini akan menjana ekonomi penduduk di kawasan Bandar Lama yang semakin lesu dengan pertumbuhan beberapa bandar baharu.

Fakta mengenai masjid baharu ini:

1. Diberi nama Masjid Tengku Razaleigh; nama ahli parlimen Gua Musang.
2. Berkeluasan 1.5 hektar, dijangka mampu menampung sehingga 5,000 jemaah,
3. Keunikan masjid bukan sahaja besar tetapi tertumpu kepada rekaan warna, jubin dan hiasan luar termasuklah sembilan menara setinggi 30 meter mirip Masjidil Haram.
4. Ruang tengah dibina kotak hitam empat segi dengan ciri hologram yang akan mengalirkan air dari atas umpama Kaabah bagi memudahkan jemaah haji dan umrah berkursus sebelum ke Tanah Suci.
5. Dilengkapi pelbagai kemudahan seperti ruang solat utama; dewan serba guna; rumah imam, ruang kelas, bilik komputer, perpustakaan, tandas dan tempat letak kereta.

Masjid mirip Masjidil Haram
Sumber: FB Yayasan Al-Khalifah

Masjid mirip Masjidil Haram

Masjid mirip Masjidil Haram

Masjid mirip Masjidil Haram

Mercu tanda baharu itu akan mengubah wajah Gua Musang sebagai pintu masuk negeri Kelantan yang terkenal sebagai Serambi Mekah. Masjid berkenaan akan menjadi satu produk pelancongan yang berkembang pesat sebagai tempat pelancongan keagamaan.

Kita lihat, banyak negara mempromosikan negara masing-masing dengan menjadikan pusat keagmaan sebagai salah satu destinasi pelancongan. Jadi, pembinaan masjid baharu di Gua Musang ini akan mengambil langkah yang sama untuk menyebarkan keagamaan di samping membantu meningkatkan ekonomi penduduk.

Sumber: Utusan