Dua Taman Tema Air Malaysia Tersenarai Dalam ‘Ranking’ Terbaik Dunia

Apabila tiba musim cuti sekolah, destinasi yang akan sesak dikunjungi orang adalah di taman tema air.

Destinasi paling mudah untuk bersama keluarga terutama bagi mereka yang mempunyai anak kecil kerana tidak perlu khuatir dengan anasir asing seperti di pantai berbanding di taman tema air.

Banyak taman tema air yang wujud di serata Malaysia, namun dalam banyak-banyak taman tema air yang ada, hanya dua yang tercalon sebagai antara taman tema air terbaik dunia.

taman tema air Malaysia terbaik

Menurut laporan Global Attraction Attendance Report, Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun tersenarai dalam taman tema air berkelas dunia sebagai destinasi yang paling ramai dikunjungi di seluruh dunia.

Siapa sahaja tidak kenal dengan taman tema air Sunway Lagoon yang terletak di Selangor? Sunway Lagoon disenaraikan sebagai taman tema air keempat paling banyak dikunjungi di Asia Pasifik dan berada di kedudukan ke-13 di dunia.

taman tema air Malaysia terbaik

Sunway Lagoon merekodkan seramai 1.3 juta pengunjung sepanjang tahun lepas yang mana angka itu telah berjaya mengatasi jumlah pengunjung bagi dua taman tema popular di Korea Selatan iaitu Ocean World(1.264 juta pengunjung) serta Caribbean Bay(1.2 juta pengunjung).

Manakala bagi taman tema air Lost World of Tambun yang berlokasi di Perak, ia berada di kedudukan kesepuluh yang meneriman pengunjung paling ramai di Asia Pasifik dengan rekod seramai satu juta pengunjung.

taman tema air Malaysia terbaik

Kedua-dua taman tema air popular di Malaysia yang tersenarai ini merupakan milik syarikat Sunway Group.

Tidak hairanlah kedua-dua taman tema ini tersenarai dalam dunia kerana menyajikan permainan dan pengalaman paling menarik untuk pengunjung.

Sumber: Global Attraction Attendance Report