Selalu kalau teringin mahu makan rendang, mesti akan request pada emak kan? Kononnya masakan emak itulah yang tersedap (walaupun memang benar!), sedangkan malu nak mengaku takut tak pandai nak masak sesedap air tangan emak kan?
Senang sahaja, ini kami kongsikan resipi rendang ayam dengan cara memsak jenis kisar dan campur sahaja.
Bahan-bahan:
*1 ekor ayam
*1kg santan (kalau mahu kurang lemak, kurangkan santan)
*2 sudu besar kerisik (kalau tak ada pun tidak mengapa)
*2 helai daun kunyit (sama ada hiris atau letakkan sahaja, yang penting buat batang daun)
*Garam dan gula secukup rasa
*Asam keping (tak ada pun tidak mengapa)
Kisar:
*4 sudu cili kering kisar (bergantung pada tahap kepedasan masing-masing)
*2 biji bawang besar
*6-8 ulas bawang putih
*2 inci kunyit hidup
*4 batang serai
*3 inci halia
*3 inci lengkuas
*2 biji buah keras (kalau tak ada pun tak apa)
Cara memasak:
1. Masukkan ayam bersama bahan yang ditumis serta daun kunyit, asam keping dan kerisik. Gaul sekata di bawah api sederhana besar.
2. Setelah agak-agak ayam masak, masukkan santan, gula dan garam secukup rasa.
3. Masak sehingga kuah rendang agak kering dan pecah minyak dalam api kecil.
Tip 1: Jika mahu warna rendang sedikit pekat, masukkan kunyit sedikit.
Tip 2: Buah keras boleh menjadikan rendang terasa lebih berlemak dan umphh.
Tip 3: Nak lebih wangi, masukkan daun limau purut.
Mudah kan? Siapa sahaja yang kata susah. Lepas ini bolehlah tunjuk skill rendang anda pada keluarga dan kawan-kawan. Pasti dipuji dan dijamin sedap.
Selamat mencuba!
Menu kegemaran. Sedap dia lain macam.
Review McDonald’s Chicken Foldover & Nasi McD [#MLTapao – MakanLena]
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.