Demi Duit Warga Emas Sanggup Letak Cicak Dalam Nasi Beriani

Gara-gara terdesak dengan keadaan hidup, seorang lelaki warga emas di India sanggup meletakkan cicak dalam nasi beriani yang beliau beli dari gerai makanan stesen kereta api.

Sundar Pal, 70 tahun ditahan di Stesen Kereta Api Guntakal selepas mengaku bersalah sengaja melakukan perbuatan tersebut demi mendapatkan wang pampasan.

Pal mengadu menjumpai cicak dalam nasi beriani yang beliau beli dan jatuh sakit sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Pengurus kanan bahagian komersial yang curiga dengan cerita Pal telah menghubungi stesen kereta api Jabalpur yang mana pernah terkena kejadian yang sama di sana; cicak dalam samosa.

Apabila pihak stesen Jabalpur menghantar gambar lelaki yang melakukan dakwaan tersebut, mereka dapati pelakunya adalah orang yang sama iaitu Pal.

Selain daripada itu, Pal juga pernah melakukan dakwaan menemukan bilah pisau kecil dalam idli yang beliau beli di Stesen Kereta Api Miraj. Berdasarkan dua kejadian tersebut, Pal mengugut pemilik kedai untuk mendapatkan wang.

Cicak Dalam Makanan 1

Ketika disoal siasat, Pal mengaku meletakkan sejenis ikan dan bukannya cicak ke dalam makanannya dan merayu agar dilepaskan kerana menghidap penyakit kanser darah serta masalah mental.

Sehingga Oktober lepas, kawasan kereta api menerima labih 7,500 aduan daripada penumpang yang mendakwa kualiti makanan yang disediakan di kereta api adalah teruk.

Sumber: India Today

Memang eksklusif layanan di Laguna Redang Island Resort ini.

Percutian Eksklusif Di Laguna Redang Island Resort, Terengganu

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.