Tip Simpan Daging Korban Agar Kekal Segar

Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban atau juga dikenali sebagai Hari Raya Haji dan Hari Raya Aidiladha dengan melakukan ibadah korban.

Merupakan perayaan terbesar dalam Islam selain daripada Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Korban disambut bagi memperingati peristiwa kesanggupan, kesabaran dan pengorbanan ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail seperti perintah Allah SWT.

Namun, Allah SWT telah menggantikan bahan sembelihannya kepada kambing biri-biri (kibas) dan mengarahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih kibas berkenaan. Pada waktu Hari Raya Korban ini, daging haiwan yang menjadi korban sembelihan akan diagihkan kepada semua termasuklah fakir miskin.

Tip Simpan Daging Korban

Bagi para ibu, ada beberapa tip yang boleh ibu-ibu amalkan semasa menyimpan daging korban. Antaranya:

1. Jangan cuci daging korban sebelum disimpan
Jika daging korban dicuci menggunakan air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Perkara tersebut akan merosakan kualiti daging. Cucian daging hanya akan dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak.

2. Jangan simpan daging dalam kuantiti yang banyak di dalam kawasan sejuk beku
Jika anda dapat daging dalam kuantiti yang banyak, jangan simpan keseluruhan daging (2-4kg) di dalam kawasan sejuk beku. Cara yang betul ialah dengan memotong daging dalam ukuran saiz lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2kg atau 1kg. Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam kawasan sejuk beku. InshaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

3. Jangan terus simpan daging di dalam ruang sejuk beku
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4 ke 5 jam. Setelah daging sejuk, barulah dimasukkan ke dalam bahagian sejuk beku.

Tip Simpan Daging Korban1

4. Jangan cairkan daging beku dengan mengunakan air panas
Jika hendak memasak daging yang beku, jangan cairkan daging beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah dengan meletakkan daging beku di bawah air paip bersuhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging anda sedia untuk dimasak.

Tip tambahan: Jangan pakai plastik berwarna hitam kerana ianya adalah hasil recycle dan mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser . Gunakan sarung plastik berwarna putih atau pun plastik lutsinar berseal.

Tip ini bukan tip biasa-biasa tau. Ianya merupakan nasihat daripada pemotong daging yang pakar. Nak daging korban anda tetap segar dan juicy, bolehlah ikuti tip-tip yang diberikan di atas tadi.

Selamat mencuba!

Sumber: Art Of Butchery Inovasi Evolusi

Jarang jumpa laksa terbaik macam laksa Montelo.

Review Bihun Sup & Laksa Utara Citarasa Montelo [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.