Fakta! Cium Bau Makanan Punca Utama Berat Badan Tidak Turun

Masalah obesiti dalam kalangan penduduk Malaysia tidak lagi menjadi satu ‘kepelikan’. Lihat sahaja kiri kanan sepanjang jalan di Malaysia, semuanya terhidang makanan yang sedap-sedap dan tinggi serba serbi; gula, pewarna, kalori dan sebagainya.

Ramai dalam kalangan penduduk Malaysia yang mengalami masalah kegemukan mencuba untuk kurus namun tidak berjaya kerana beberapa sebab. Antaranya kerana mempunyai tabiat mencium bau makanan.

Eh, bau pun boleh jadi punca kegemukan?

Ya, sememangnya ini adalah fakta yang benar belaka dan bukannya mitos.

Mencium dan menikmati bau makanan secara tidak sengaja membuatkan tubuh berfikir bahawa anda sudah maka. Sebab itulah sekiranya deria bau anda terganggu, berat badan anda akan menyusut.

Bau daripada makanan menjadi menyebab penting bagaimana tubuh menguruskan kalori. Menurut Dr Rizal Abu Bakar, ini berdasarkan daripada kajian yang dimuatkan dalam jurnal saintifik Cell Metabolism yang dikaji di University of California, Berkeley pada tahun 2017.

Semasa mencium bau makanan, deria bau daripada sistem memori akan menentukan sama ada lemak dibakar atau disimpan. Maka jika sistem memori putuskan lemak disimpan, maka berat badan anda akan melonjak.

Bau Makanan Punca Gemuk

Profesor Andrew Dilin, ketua kepada kajian ini menyatakan bahawa sistem deria memainkan peranan yang besar dalam sistem metabolisme badan individu.

Amat menarik bukan fakta ini?

Sering kali kita lihat, individu yang mengamalkan diet sering mencium bau makanan agar ‘keinginan’ mereka dapat dikurangkan dengan bauan tersebut seterusnya merasa ‘kenyang’.

Berat badan bukan hanya berkurangan apabila kadar kalori dikurangkan pengambilannya tetapi juga berkait dengan bagaimana kalori tersebut dirasakan.

Kajian turut dijalankan pada dua ekor tikus yang gemuk, seekor daripadanya memiliki deria bau normal manakala seekor lagi memiliki deria bau yang tidak normal.

Hasil daripada eksperimen, tikus gemuk yang memiliki deria bau tidak normal mengalami perubahan mendadak pada berat badannya, manakala berat badan tikus gemuk yang memiliki deria bau normal meningkat sehingga dua kali ganda.

Jadi selepas ini, janganlah rajin sangat mencium bau makanan kalau hendak kurus ya.

Sumber: Cell.com, Dr Rizal Abu Bakar

 

Tahukah anda nasi lemak adalah menu yang lengkap dengan segala nutrisi?

6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.