Susulan dariada pergerakan angin kencang barat daya, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Phuket sehingga Isnin hadapan (19 Ogos 2019).
Berada di kategori pertama, angin kencang tersebut akan bergerak dengan kelajuan 40 hingga 50km/j dengan ketinggian ombak antara 2.5 hingga 3.5 meter (sekitar 8.2 hingga 11.5 kaki).
Cuaca ini menyebabkan laut bergelora dan ianya berbahaya terutamanya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.
Manakala amaran yang dikeluarkan pada jam 2.30 petang tadi menjangkakan cuaca ribut petir, hujan lebat dan angin kencang secara menyeluruh pula dijangka melanda kawasan perairan Phuket sehingga jam 5 petang ini.
Sumber: MET Malaysia
Sedap-sedap juga makanan jalanan yang ada jual di dunia ini.
5 Antara Makanan Jalanan Yang Terkenal Di Dunia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.