Nestle Lancar Produk Minuman ‘Starbucks At Home’ Di Malaysia

Ini khabar baik untuk peminat kopi Starbucks apabila pengeluar kopi premium ini bekerjasama dengan Nestle telah melancarkan Starbucks At Home untuk pengguna Malaysia dan Singapura.

Ia merupakan pelancaran sulung sejak Nestle dan Starbucks bekerjasama pada Ogos 2018 di peringkat global dan menjadi yang pertama diperkenalkan di Asia Tenggara. Rangkaian kopi Starbucks At Home merangkumi 11 prosuk termasuk biji kopi serta kopi panggang dan kisar selain kapsul Starbucks yang dihasilkan menggunakan teknologi kopi dan sistem hak milik Nescafe Dolce Gusto.

Kerjasama ini juga menggandingkan tiga jenama kopi terkemuka iaitu Nescafe, Nespresso dan Starbucks yang akan membuka peluang dalam pasaran kopi. Menerusi rangkaian Starbucks di rumah, pengguna boleh menikmati kopi premium itu dengan cita rasa sendiri.

Antara produk Starbucks yang dijual ialah Starbucks caramel machchiato, cappucino, latte macchiato, espresso roast dan single origin colombia yang bermula pada harga RM30.

Starbucks At Home
Sumber: Lazada

Produk kopi Starbucks At Home kini boleh didapati di platform e-dagang Lazada serta laman web Nescafe Dolce Gusto bermula hari ini (26 Ogos) dan akan memasuki platform e-dagang dan perniagaan runcit dalam masa terdekat.

Sumber: Berita Harian

 

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1NKsmUHbvM/