Jimat Dan Sedap! Ini 5 Idea Resipi Menu Ringkas Sebagai Bekal Ke Pejabat

Dengan keadaan ekonomi sekarang, ramai yang memilih untuk membawa bekal sebagai langkah penjimatan.

Namun, adakalanya terfikir menu apa yang boleh dimasak untuk dijadikan sebagai bekal ya?

Ini kemai berikan idea dan resipi lima menu ringkas yang boleh dijadikan sebagai bekal ke pejabat.

1. Nasi putih, ayam/ikan goreng bersama sambal

Dengan gabungan ayam goreng dan sambal, sudah cukup untuk membuatkan selera makan naik. Tambah lagi dengan kicap manis, menu ini memang sangat mudah dan ringkas untuk disediakan.

Ada beberapa resipi sambal kami yang boleh anda cuba, antaranya Sambal Bilis, Sambal Tempoyak Nogori dan Sambal Ayam Penyet.

Resipi Idea Bekal Ke Pejabat 3

2. Nasi putih, tomyam campur

Tomyam adalah menu yang tergolong dalam golong paling mudah masak, senang kata menu orang malas.

Bahan-bahannya:
**Ayam/ Udang/ Daging/ Sotong
**Pes tomyam
**1 biji bawang besar/ holland
**1 inci halia dihiris
**2 batang serai diketuk
**5 helai daun limau purut
**Cili api (ikut tahap kepedasan)
*Garam dan gula
**Air
**Tomato, lobak, cendawan (sayur kegemaran anda)

Cara penyediaannya:

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali sayur, sotong atau udang dalam periuk.
  2. Setelah agak mendidih masukkan sayur, sotong dan udang. Biarkan sekejap dan tutup api selepas perasakan dengan garam dan gula.

Resipi Idea Bekal Ke Pejabat 4

 

3. Nasi putih, ikan singgang dan sambal

Kombinasi ikan singgang dan sambal sangatlah sedap. Nak masak ikan singgang pula tidaklah sesusah mana kerana hanya perlu merebus sahaja.

Lihat resipi ikan singgang Terengganu di SINI.

ikan singgang1

4. Nasi putih, telur goreng dan sup kosong

Ini menu yang digelar sebagai set nasi bujang. Datang dengan sup kosong, menu ini sedap juga kalau ditambahkan dengan sambal.

Cara penyediaan sup kosong:

  1. Tumis bawang merah yang sudah dikisar bersama kayu manis dan bunga cengkih.
  2. Masukkan sedikit ayam (penambah rasa sedap, kalau tak ada pun tak apa).
  3. Perasakan dengan sup bunjut (pilihan) atau garam.

Resipi Idea Bekal Ke Pejabat

5. Nasi putih dan sayur campur ayam/daging/sotong/udang

Kalau tak rasa nak makan menu berlauk, bolehlah cuba untuk masak bekal lauk sayur campur. Resipinya sangatlah mudah.

Cara penyediaan sayur campur:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah.
  2. Agak sudah naik bau masukkan ayam/sotong/daging/udang (potongan kecil) dan sayur yang keras terlebih dahulu seperti lobak, bunga kobis dan brokoli. Masukkan sedikit air dan biarkan seketika.
  3. Masukkan sayur berdaun dan perasakan dengan garam. Nak lagi sedap masukkan sedikit kicap manis dan sos tiram.

Resipi Idea Bekal Ke Pejabat 1

Jadi selepas ini rasanya bolehlah berjimat lebih dengan mebawa bekal ke pejabat. Tak perlu gah sangat pun menu bekal ke pejabat, cukup sekadar seimbang dan sedap.

Selamat mencuba!

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1DQocpHMP5/