Manisan agar-agar atau puding jeli ini buka sahaja menjadi kesukaan kita sahaja, malah semua orang boleh mencubanya kerana rasanya manis dengan disertakan buah-buahan segar pasti membangkitkan selera lebih-lebih lagi dimakan ketika sejuk.
Agar-agar ini boleh buat untuk jamuan makan tidak kira di tempat kerja atau bersama keluarga. Jom lihat cara-cara membuat agar-agar cermin buah-buahan ini.

Bahan-bahan:
Boleh pilih pelbagai jens buah kesukaan anda, tapi jika mahu dilihat cantik agar-agar ini, boleh pilih buah:
Anggur hijau
Buah naga
Laici
Delima
Strawberi
Peach
*Semua buah dibelah dua atau potong dadu ikut kreativiti anda
1 liter air
200gm gula
100gm serbuk agar-agar
Cara membuat:
1. Masukkan air, gula dan agar-agar ke dalam periuk kemudian panaskan bahan tersebut sehingga pekat selama 5 hingga 8 minit (guna api sederhana).
2. Apabila sudah pekat, masukkan 2 senduk air agar-agar tadi ke dalam loyang dan ratakan.
3. Susun buah-buahan campuran tadi dan masukkan baki air agar-agar tadi sehingga melebihi buah-buahan tadi. Sejukkan dalam 10 minit.
4. Kemudian lebihan air agar-agar tadi dibekas lain dan letakkan pewarna makanan kesukaan anda.
5. Apabila sudah pastikan agar-agar yang disejukkan tadi menjadi keras, tuang agar-agar berwarna tadi ke atasnya untuk dijadikan lapisan kedua. Sejukkan selama 2 jam.
6. Apabila agar-agar sudah mengeras, terbalikkan loyang tadi untuk menjadikan lapisan agar berwarna di bawah manakala agar-agar bercampur buah di atas.
Selamat mencuba!
Sumber: Mydapur Panas