Family Mart Tawar Aiskrim Percuma Khas Untuk ‘December Baby’

Memasuki bulan terakhir untuk 2019, pelbagai tawaran hebat dan diskaun akan dilakukan bagi meraikannya.

Ini termasuklah daripada premis makanan segera, Family Mart yang terkenal dengan aiskrim sofuto serta hidangan oden yang enak.

Menyambut bulan terakhir ini, Family Mart telah menawarkan pemberian aiskrim percuma buat mereka yang lahir pada bulan Disember!

Aiskrim family Mart Percuma

Bagaimana mahu dapatkan aiskrim sofuto secara percuma? Ikuti langkah mudah di bawah:

  1. Muat turun aplikasi Family Mart.
  2. Daftar sebagai ahli.
  3. Pergi ke bahagian Reward dan tebus baucar hari lahir di BIRTHDAY REWARD.
  4. Untuk tebus, tunjukkan baucar yang sudah anda simpan kepada staf di kaunter pembayaran.

Mudah bukan. December baby, apa tunggu lagi cepat tebus aiskrim percuma anda sekarang.

Hanya untuk mereka yang lahir pada bulan ini sahaja tau dan tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2019.

Sumber: KL Foodie