Diskaun 30% Tambang Melaka River Cruise Sepanjang Mac Ini

Melawat Melaka tidak sah jika tidak mengunjungi Melaka River Cruise. Sungai Melaka merupakan tempat paling bersejarah dan menjadi saksi era kegemilangan Kerajaan Melaka suatu ketika dahulu.

Sebagai usaha menarik lebih ramai pelancong domestik berikutan jumlah kedatangan pelancong yang berkurangan pada Februari lalu akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19), PPSM menawarkan potongan harga tiket sebanyak 30 peratus bagi perkhidmatan bot Melaka River Cruise sepanjang Mac ini.

Tambah menarik lagi, pengunjung boleh menyaksikan sendiri keadaan air Sungai Melaka yang kini sudah bersih.

Tawaran diskaun ini bagaimanapun hanya membabitkan pengunjung tempatan sahaja.

Diskaun 30% Melaka River Cruise Mac ini
Sumber: MelakaKini

Selain itu, pengunjung yang membeli tiket melebihi RM50, layak untuk menyertai peraduan cabutan bertuah bulanan yang menyediakan pelbagai hadiah lumayan seterusnya hadiah cabutan bertuah tahunan yang menawarkan hadiah utama berupa sebuah kereta Perodua Alza, Motosikal Yamaha Y15ZR serta lapan hadiah misteri.

Pihak pengurusan turut meyakinkan orang ramai bahawa mereka akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan penutup hidung dan mulut kepada semua pengunjung selain menyediakan pencuci tangan untuk kegunaan pengunjung dalam usaha mencegah COVID-19.

Untuk menyemak harga tiket Melaka River Cruise, boleh ke pautan ini. Selepas itu, anda boleh buat kiraan tolak diskaun 30 peratus.

Sumber: BH