Resipi Roti Canai Homemade Ringkas Dan Mudah

Susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan 16 Mac, banyak kedai makan yang terpaksa ditutup. Jika dahulunya, kita boleh tapau roti canai tetapi dengan adanya perintah ini ramai daripada kita mengidam mahukan roti canai.

Resipi Roti Canai Homemade Ringkas Dan Mudah 1
Sumber: Azyyti Liah

Apa kata anda cuba buat sendiri roti canai di rumah? Selain dapat menambah skill di dapur boleh juga mengeratkan hubungan dengan anak-anak dengan aktiviti ini.

BAHAN-BAHAN:

3 cawan tepung gandum (dapat 10 keping)
1 sudu majerin
1 sudu kecil susu pekat
1 sudu kecil garam
1 biji telur
Air panas secukupnya (dimasukkan sedikit demi sedikit)

CARA: 

1. Gaul semua bahan sehingga sebati, masukkan telur. Kemudian gaul sehingga sebati. Selepas sebati masukkan air.

2. Uli sehingga lembut. Jika masih belum lembut, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli lagi.

3. Tekan doh yang di uli sehingga ‘penyet’ macam gula-gula getah.

4. Rehatkan dalam 30 minit hingga sejam. Tutup dengan kain lembab bagi mengelakkan masuk angin. Elakkan letak dalam peti ais kerana suhu peti air boleh merosakkan doh.

5. Lepas direhatkan, doh akan mempunyai tekstur seperti bergetah dan kenyal. Buat bebola kecil-kecil.

6. Sapu majerin dalam bekas.supaya doh tidak melekat pada bekas. Bebola-bebola juga boleh disapu majerinatau pun minyak.

7. Tebar doh. Jika tidak mahir, anda boleh arik-tarik doh dan penyetkan sehingga kelihatan nipis.

8. Kemudian masak doh seperti biasa.

Jika anda susah untuk menvisualkan langkan di atas, anda boleh lihat cara seperti thread di bawah setiap langkah. Lebih mudah untuk ditiru.

Selamat mencuba!

Sumber: @luqman_kaka