Raja Permaisuri Agong Dedah ‘Rahsia’ Goreng Telur Mata Tampak Cantik Dan Menyelerakan.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memang dikenali sebagai permaisuri yang cukup sinonim dengan hobi suka memasak. Tidak kekok di dapur, kisah Raja Permaisuri Agong turun padang memasak juadah untuk mangsa banjir ketika meninjau keadaan penempatan itu juga, pernah dilapor media.
Selain daripada buku-buku masakan yang dihasilkan, baginda turut berkongsi masakan tak kira tradisional atau moden di Instagram @airtangan_tunkuazizah.
Baru-baru ini, baginda berkongsi hantaran telur mata yang tampak cantik dan menyelerakan di Instagram rasmi dan membuatkan ramai bertanya bagaimana untuk menghasilkan telur goreng sebegitu cantik itu.
Menerusi hantaran di Instagram, baginda mendedahkan bahawa kebolehan memasak tidak semestinya hanya bergantung kepada perkakas mahal.
“Ramai yang tanya macam mana saya goreng telur mata lembu bulat dan cantik.
“Saya guna kuali ini untuk goreng telur yang cantik sangat tu. Saya beli di Mercato Plaza Damas RM30 lebih.
“Goreng dengan minyak ok,” coret baginda berkongsi rahsia.
https://www.instagram.com/p/B_xbBZVnOXP/?utm_source=ig_embed
Atas permintaan ramai rakyat, baginda bermurah hati menunjukkan cara menggoreng telur yang cantik.
“Cara menggoreng telur mata lembu goyang,” tulis Baginda pada satu IGTV yang dikongsikan kepada umum.
https://www.instagram.com/tv/B_x_mNwHSFL/?utm_source=ig_embed
Pendedahan tersebut membuatkan orang ramai teruja untuk mendapatkan kuali seperti digunakan baginda secara dalam talian. Paling menarik, walaupun kuali itu adalah kuali anti lekat, ia turut boleh digunakan sudip besi.
Selain itu, tidak kurang juga ada yang kagum dengan sifat rendah diri baginda menggunakan perkakas memasak berharga ~ RM30 itu.
Sehingga kini, Instagram @airtangan_tunkuazizah mempunyai hampir setengah juta pengikut termasuklah daripada selebriti-selebriti negara seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza.
***
Kekal bertenaga ketika di bulan Ramadan dengan Amazin’ Graze. Boleh ke pautan ini untuk membeli kekacang dan bijirin dari syarikat tempatan.