Pengarah Eksekutif Pesatuan Pemilik Hotel Malaysia, Shaharuddin M Saaid mendedahkan ramai pemilik hotel mahu menjualkan hartanah mereka susulan daripada tiada pendapatan akibat wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Sekatan perjalanan yang dilaksanakan di seluruh dunia menjadikan industri pelancongan dan perhotelan lumpuh.
BACA: COVID-19: Pusat Sains, Muzium Negara Dan 8 Lagi Tempat Tumpuan Pelancong Ditutup
Setakat ini sudah 20 buah hotel telah ditutup dan menurut Shaharuddin, ini bukanlah satu perkembangan yang mengejutkan kerana dalam beberapa minggu belakangan ini, beberapa hotel yang tidak dinamakan termasuklah hotel lima bintang turut tersenarai untuk dijual di laman web iProperty.
Kesan COVID-19 yang sangat cepat membuatkan ramai pengusaha terpaksa meninggalkan industri yang dijangkakan akan mengambil masa sekitar enam bulan hingga setahun untuk pulih.
Berdepan sekatan dan tidak dibenarkan untuk beroperasi secara penuh, aktiviti penerbangan yang disekat menyebabkan industri tidak boleh bergantung kepada pelancongan antarabangsa.

Menurut Shaharuddin lagi, mereka yang membeli hotel yang kini dijual menyatakan hasrat mahu mengubahnya menjadi apartmen dan bangunan perniagaan berdasarkan keadaan sekarang.
Dalam satu temu bual bersama pihak media FMT, Shaharuddin memberitahu kemampuan industri perhotelan pernah dipersoalkan sebelum ini susulan daripada lebihan bilik yang berlaku berikutan kehadiran khidmat perkongsian rumah seperti Airbnb dan sewaan hartanah secara harian.
1 Mei lalu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pada hari ini telah mengeluarkan beberapa garis panduan yang lebih terperinci bagi beberapa sektor kebudayaan dan perhotelan di seluruh negara.
Antara syarat yang perlu dipatuhi sektor pehotelan antaranya mengehadkan dan mengawal jumlah tetamu di kawasan umum dan lobi hotel, memastikan ada jarak antara tetamu sekurang-kurangnya satu meter dan penyediaan DO dan DONT’S di kawasan strategik hotel untuk panduan tetamau dan pekerja hotel mengenai langkah-langkah pencegahan penularan wabak COVID-19.
Baca lanjut DI SINI: Ini SOP Sektor Perhotelan dan Kebudayaan oleh MOTAC