Selepas Lepat Pisang, Resipi Laksa Pula Dikongsi Dalam Komik Marvel

Tahukah anda laksa pernah dilabel sebagai makanan paling sedap dan luar biasa di dunia oleh lagenda cef dunia, Anthony Bourdain?

Keunikan laksa bukan sahaja menjadikannya sebagai menu kegemaran rakyat Malaysia tetapi juga orang luar sehinggakan resipinya dikongsikan dalam isu #10 komik Marvel, X-Men.

Selepas Lepat Pisang, Resipi Laksa Pula Dikongsi Dalam Komik Marvel
Sumber: Kakuchopurei

Sebelum ini, laksa pernah muncul sebentar di isu #1.

Pada babak pertemuan Magik dengan Glob bagi mengetahui tentang perkembangan terkini New Mutants, Glob telah menyediakan laksa sebagai makanan penyambut kepada Magik.

Bukan itu sahaja, malah menu minum petang seperti lepat pisang juga membuat kemunculan dalam komik ini iaitu di isu #4.

Selepas ini menu Malaysia apalah lagi agaknya yang membuat kemunculan di komik Marvel kan?

BACA: Ini Cara Ekspres Dan Jimat Masak Laksa Guna Sardin Dalam Tin

Sumber: Kakuchopurei