Anda perasan atau tidak, sebenarnya tiada kerusi nombor 13 dalam sesetengah pesawat?
Soalan ini wajar diajukan kepada mereka yang rajin mengembara menggunakan perkhidmatan pesawat, anda perasan atau tidak? Kenapa ianya berlaku?
BACA: Berwuduk Sampai ‘Lencun’ Tandas Pesawat, Praktikal Ke Untuk Penumpang Lain?
Menurut bekas pramugara Malaysia Airlines yang juga penyanyi dan pelakon, Zarul Umbrella, ketiadaan nombor berkenaan mempunyai hubungan dengan unsur mistik dan sesuatu yang tidak baik. Dalam erti kata lain membawa kepada nasib malang dan beberapa unsur-unsur konotasi negatif yang lain.
Jurucakap Ryanair pernah menjelaskan pesawat mereka tiada kerusi nombor 13 adalah kerana mengikut tradisi pembuatan Amerika Syarikat.
I never realised that there is no row 13 on an airplane…
Or is that just Ryan Air? pic.twitter.com/c0ukhoDTzP— Paul Bruce (@Paulbcars) February 13, 2019
Selain Ryanair, pesawat Air France dan Iberia antara yang turut sama tidak mempunyai kerusi bernombor 13, bukan semata-mata kerana kepercayaan tersebut tetapi menghormati mereka yang percaya dengannya.

Dan untuk pengetahuan anda juga, ada pesawat yang tiada nombor 17 kerana jika ditukarkan kepada angka Roman XVII, ianya akan membawa kepada makna ‘hidup saya sudah berakhir’ dalam bahasa Latin.
Hey @lufthansa why is there no row 17 on my flight? pic.twitter.com/499WXtOg6M
— Ben Melton (@BenMelton) July 11, 2017

Biarpun ada yang menyifatkan kepercayaan ini adalah karut, tak salah jika kita menghormati mereka yang percaya dengannya, kan?
Yang paling penting, sebelum naik pesawat pastikan dahulu nombor kerusi anda ada. Kalau tidak…
Sumber: The Sun