Kenali 9 Jenis Bahagian Daging Lembu Yang Dijual Di Pasar Dan Jenis Masakan Yang Sesuai

Umumnya, daging lembu merupakan antara jenis makanan yang sering diambil oleh kebanyakan individu selain daging ayam sebagai sumber protein.

Pasti anda pernah mendengar nama seperti daging batang pinang, daging harimau menangis adalah antara jenis potongan daging paling sedap untuk dimakan. Jadi, bahagian daging yang lain tidak sedap langsung untuk dimakan ke?

Sebenarnya, setiap bahagian daging mempunyai istilah khasnya dan semuanya sesuai dimasak mengikut jenis masakan yang sesuai.

Penggunaan daging adalah berbeza mengikut potongan dan kegunaan. Di kawasan Asia dan di negara kita, daging lembu banyak digunakan sebagai makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang, kari daging, masak kuzi, sate dan juga rendang.

9 Jenis Bahagian Daging Masakan

Ini senarai sembilan jenis bahagian daging beserta jenis masakan yang sesuai untuk dimasak.

1. Chuck – Bahu

9 Jenis Bahagian Daging Masakan

Chuck atau dalam bahasa Melayu ialah bahu lembu antara bahagian yang mempunyai tekstur daging yang lembut tetapi kelembutannya tidak setanding bahagian tulang rusuk, loin pendek atau daging batang pinang.

Potongan daging ini sesuai sekali jika dimasak mengguna kaedah low-and-slow iaitu menggunakan suhu api yang rendah pada jangka masa yang lama. Antara masakan yang sesuai ialah stew, kari dan gulai.

2. Flank – Daging Lambung

9 Jenis Bahagian Daging Masakan

Bahagian ini terletak di sebelah bawah di antara perut dengan bahagian kaki belakang lembu. Lapisan permukaan lemak telah diasingkan pada bahagian kanan. Potongan ini agak panjang dan rata.

Bahagian ini sesuai dihiris dan digunakan dalam stir-fry kerana teksturnya yang agak pejal berbanding potongan daging yang lain.

3. Shank – Betis

Potongan bahagian ini merupakan daging bahagian kaki. Ianya daging yang mempunyai otot yang paling pejal, mempunyai bahagian urat dan agak liat. Ia sesuai untuk masakan yang mengambil masa yang lama atau merebus.

4. Plate – Stik perut

9 Jenis Bahagian Daging Masakan

Bahagian potongan ini adalah terletak di bawah rib seperempat bahagian perut lembu. Biasanya daging ini agak liat, mengandungi lemak dan dijual pada harga rendah berbanding bahagian lain.

Sesuai untuk masakan yang mengambil masa agak lama seperti masak stew dan rendang.

5. Round – Daging Punggung

Merupakan potongan daging di bahagian kaki belakang hingga ke punggung lembu. Bahagian ini selalu bergerak dan dagingnya agak pejal dan liat sedikit berbanding potongan bahagian lain.

Bahagian ini memang sedap jika dimasak daging masak lada hitam mahupun daging salai.

6. Brisket – Dada

Bahagian ini terletak di bawah bahagian bahu hingga bahagian dada lembu. Ini juga otot yang banyak bergerak dan dagingnya agak liat berbanding bahagian lain. Sesuai untuk jenis masakan yang mengambil masa lama atau merebus, serta sesuai dijadikan daging salai.

7. Rib – Tulang rusuk

9 Jenis Bahagian Daging Masakan

Rib merupakan potongan premium yang paling digemari. Antara potongan yang sesuai untuk masakan steak adalah Ribeye, Back Ribs dan Ribeye Filet. Selalunya, daging dibahagian tulang agak manis dan mempunyai rasa yang unik.

Jika masakan citarasa Melayu, sesuai dimasak sup tulang ataupun sup daging kerana tulang daging mempunyai banyak rasa daging.

8. Sirloin – Daging harimau menangis

9 Jenis Bahagian Daging Masakan

Bahagian ini merupakan antara bahagian daging paling lembut. Otot ini paling kurang bergerak menyebabkan bahagian ini merupakan daging yang paling lembut.

Terdapat bahagian yang unik di mana daging yang bercampur dengan lemak tidak tepu yang membuatkan daging ini mempunyai rasa berlemak setelah dimasak.

Daging ini terletak di bahagian celah paha bahagian kaki belakang lembu dan dikenali sebagai daging ‘harimau menangis’. Harganya dinilai dengan tinggi kerana ia terhad kerana kedudukannya hanya berada dua bahagian pada seekor lembu yang disembelih.

9. Short loin – Daging batang pinang

9 Jenis Bahagian Daging Masakan

Terletak di bahagian belakang lembu di tengah tengah badan lembu. Di sinilah terletak bahagian paling disukai oleh ramai iaitu Terderloin atau dikenali sebagai daging batang pinang kerana mempunyai tekstur daging yang lembut dan tiada lapisan lemak.

Dah kenali semua jenis potongan daging, senanglah nak masak jenis masakan yang sesuai dengan daging yang dibeli.

Sumber: Alaf21