Ditanya Isu Hamil Anak Kedua, Ini Jawapan Tok Ti Buat Peminat

Siti Nurhaliza jawab isu hamil anak kedua selepas disoal peminat.

Sebut sahaja Dato’ Sri Siti Nurhaliza, 41 tahun ramai yang mengenali figura yang bergelar penyanyi ini. Walaupun sudah 24 tahun berada dalam industri seni, sampai ke hari ini beliau masih kekal relevan dan dikenali.

BACA: Komen Lucah Netizen Korea Selatan Punca Baskin Robbins Dikecam Papar Imej Seksual Pada Model Kanak-Kanak

Baru mengeluarkan album studio ke-18, Manifesta SITI 2020 bersama merchandise seperti hoodie yang boleh digunakan dalam keadaan casual, santai dan sebagainya.

11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, pasangan berkenaan kemudiannya dikurniakan Siti Aafiyah pada 2018.

Ditanya Isu Hamil Anak Kedua, Ini Jawapan TokTi

Awal tahun lalu, beliau yang mesra dipanggil Tok Ti mendedahkan mahu menimang anak kedua sebelum berusia 43 tahun.

Mendedahkan akan memulakan sesi rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri Mei lalu, Tok Ti menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata lelaki pada tahun ini.

September akhir tahun lalu, Aafiyah seakan memberikan hint bahawa penyanyi kesayangan ramai itu sedang hamil anak kedua kepada orang ramai yang menonton sesi live di Instagram TokTi apabila tiba-tiba tunduk mencium perut ibunya.

Tidak mampu menghalang tindakan anaknya, ruangan komen sesi berkenaan kemudiannya dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat-peminat beliau yang nyata teruja.

Tidak mengiyakan dan tidak juga menidakkan persoalan menganai hamil anak kedua, Tok Ti hanya meminta agar semua mendoakan yang baik-baik buatnya.

“Insya-Allah, apabila benar-benar hamil, saya akan berkongsi berita gembira dengan peminat.”

Dalam album Manifesta SITI 2020, Tok Ti ada mendedikasikan sebuah lagu ciptaan Melly Goeslow iaitu Kuasa Cinta untuk Aafiyah yang mana liriknya meluahkan segala perasaan dan emosi sepanjang penantian beliau mendapatkan Aafiyah.

Yang masih belum mendapatkan Jurnal Manifestasi, Boxset Manifesra SITI 2020, bolehlah dapatkannya DI SINI.