Tidak Puas Hati, Safiey Ilias Mahu Jalani Prosedur Baiki Payudara Dan Mata

Safiey Ilias Mahu Jalani Prosedur Baiki Payudara Dan Mata

Usahawan kosmetik dan selebriti, Safiey Ilias mendedahkan akan menjalani prosedur membuang dan membaiki payudara dengan anggaran kos RM32,000.

Memetik sumber Harian Metro, Safiey, 26, atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Ilias berkata, pembedahan itu dibuat di Kuala Lumpur menggunakan khidmat pakar bertauliah.

“Prosedur akan dibuat dalam bulan ini. Barang yang nak digunakan sudah ditempah, jadi tunggu sampai dulu. Insya-Allah dalam dua minggu. Sementara menunggu tarikh itu, saya kena berhenti mengambil segala ubat bagi melancarkan prosedur. Doktor tidak mahu berlaku sebarang masalah lain,” katanya.

Menurut Safiey, dia sudah pernah buat prosedur berkenaan dengan menambah baharu. Tetapi, dia tidak puas hati dengan hasilnya itu membuatkan mahu perbaiki semula dengan kualiti yang lebih terjamin.

Bukan itu sahaja, Safiey yang popular menerusi lagu Syinta Gila juga dalam perancangan untuk membuat pembedahan mencantikkan mata seperti mata patung Barbie.

Dia yang sebelum ini pernah membuat pembedahan mata sebanyak tiga kali di Korea Selatan tetapi kali ini mahu buat mata seperti patung Barbie.

“Doktor faham kehendak saya dan pada prosedur itu nanti akan diletakkan plat pada tulang pipi bagi memudahkan mereka menariknya. Barulah bentuk mata boleh menjadi seperti apa diinginkan.

“Cuma, jikasaya lakukannya, bengkak itu akan ambil masa untuk susut sebab ia membabitkan mata dan tulang pipi. Kalau nak sesi siaran langsung Instagram tak cantiklah,” katanya.

Safiey Ilias Pembedahan Payudara Dan Mata
Sumber: Harian Metro

Terdahulu, Safiey mendedahkan pernah membuat beberapa prosedur kecantikan hingga mencecah jutaan ringgit. Ia membabitkan muka, hidung, pipi dan punggung.

September lalu, syarikat dibawah Safiey telah didendasebanyak RM23,000 oleh Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan iaitu menjual dan memiliki produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan pada tahun lalu.

Apa yang boleh disimpulkan, sebagai manusia kita sepatutnya yakin dengan peribadi kita. Terus berfikiran positif kerana ia mampu buat anda lebih gembira.

Kalau tak tahu bagaimana cara untuk positifkan diri, boleh baca E-BOOK POSITIF yang mengandungi 50 koleksi kisah, tips, petua untuk terus jadi manusia positif.

Boleh buat pembelian e-book ini di sini.