Resepi Unik Ayam Soda Sos Tiram Yang Popular Di Filipina

Tahukah anda, di Filipina sekarang tengah popular resepi ayam yang dicampurkan dengan minuman bersoda?

Di sini kami kongsikan resepinya untuk anda cuba sendiri di rumah.

Resepi Unik Ayam Soda Sos Tiram Yang Popular Di Filipina 1

Bahan-bahan:

  • Seekor ayam
  • 5 sudu sos tiram
  • 1 biji bawang – dipotong dadu
  • 3 sudu besar daun bawang – dipotong halus
  • 9 ulas bawang putih – dipotong hancur
  • 2 cawan air soda lemon
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1/4 sudu lada hitam

Cara penyediaan:

  1. Panaskan periuk dan masukkan minyak. Agak-agak minyak panas, masukkan ayam. Tutup periuk dengan tudung dan biarkan ayam sekejap sebelum terbalikkan ayam. Bila ayam dah masak, keluarkan ayam dari periuk.
  2. Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan air soda lemondan kacau sebati. Biarkan sekejap sebelum masukkan sos tiram.
  3. Bila air dah menggelegak, masukkan ayam ke dalam periuk semula dan tutup periuk. Terbalikkan ayam dan biarkan lagi sampai ayam masak dan kuah jadi likat.
Resepi Unik Ayam Soda Sos Tiram Yang Popular Di Filipina
Sumber: Panlasang Pinoy

Dan ayam anda sedia untuk dihidang! Jika anda rasa bosan dengan makanan biasa, apa kata cuba pula resepi ini.

Tapi jangan pula dimasak setiap hari. Memang tak lama lepas tu anda ke hospital la jawabnya.