5 Bazar Ramadhan Wajib Terjah Di Lembah Klang

Alhamdulillah kita kembali berada di bulan Ramadhan. Pada bulan yang mulia ini, bazar Ramadhan semestinya lokasi kita untuk mencari juadah berbuka. Di sana pastinya banyak pilihan makanan yang sedap-sedap belaka. Di sini kami kongsi 5 lokasi Bazar Ramadhan yang sentiasa penuh di waktu puncak. Sedia? Jom!

1. Bazar Wangsa Maju

https://www.instagram.com/p/Bi7PTmkgtOl/?taken-at=321957715

Bazar ini mudah diakses oleh semua kerana anda boleh datang ke sini menaiki perkhidmatan LRT sahaja. Turun sahaja di stesyen Wangsa Maju dan ianya berada di seberang stesyen LRT ini. Juadah terkenal di sini pastinya roti john, murtabak megi dan nasi briyani.

2. Bazar Kampung Baru

https://www.instagram.com/p/BVW7SrpFpr1/?taken-at=322776165

Bukan sahaja makanan, dekorasi di sini juga cantik. Memang rambang mata jika ke sini. Terletak di Jalan Raja Alang dan berdekatan stesyen LRT Kampung Baru, juadah yang famous di sini adalah sate minang dan sate padang. Lain rasanya dari sate yang biasa kita makan. Memang perlu cuba.

3. Bazar Bangsar

https://www.instagram.com/p/BVpGnJsBGLR/?taken-at=332795

Kalau di Bangsar, ini adalah bazar paling ‘best’. Anda kena cuba ayam golekserta agar-agar di sini. Memang padu!

4. Bazar TTDI

https://www.instagram.com/p/Bi6fgsFlqzt/?taken-at=320920400

Tidak perlu diperkenalkan lagi bazar ini. Rata-rata pasti pernah sampai ke sini sekali. Buat yang pertama kali mahu ke sini, terus sahaja ke Jalan Tun Mohd Fuad 2. Dengar cerita tepung pelita dekat sini power!

5. Bazar Seksyen 13 Shah Alam

https://www.instagram.com/p/4_e_iVDfGg/?tagged=itikpanggang

Antara semua Bazar, ini adalah yang paling king! Terletak di bulatan bazarena seksyen 13, bazar ini sememangnya menjadi tumpuan pengunjung setiap hari. Puluhan penianga menyajikan makanan yang enak-enak belaka dan bagi kami, anda kena cuba itik panggang di sini. Memang sedap sungguh rasanya.

Jika ada masa, luangkan masa untuk melawat semua bazar ini. Ingat, jangan membazir di bulan puasa ini. Selamat berbuka pada semua!