
Trending di Twitter semalam berkenaan hashtag #PerlisIsSoSmall akibat daripada pergolakan pentadbiran negeri terhadap perlantikan Menteri Besar baru mereka Datuk Seri Azlan Man yang telah mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Apa yang telah terjadi di sana? Dikhabarkan perlantikan Menteri Besar tidak mendapat sokongan parti yang memenangi majoriti 2/3 di negeri tersebut iaitu Barisan Nasional. Akibat daripada penerimaan jawatan Menteri Besar oleh Datuk Seri Azlan Man, beliau dikenakan tindakan pemecatan ahli UMNO oleh pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim.
Asbab daripada kekecohan ini menjadi isu nasional, perbualan santai 3 orang sahabat yang berasal dari negeri tersebut berseloroh antara mereka dan memulakan hashtag #PerlisIsSoSmall.
Yang menariknya, hashtag tersebut telah menarik perhatian netizen lain lalu menjadikannya trending. Jom ikuti antara Tweet yang telah dipaparkan oleh netizen.
Satu tweet boleh muat 3 perlis
— Adib (@adibzaini) May 24, 2018
Okay, let's play the game. #perlisissosmall ……
— shuji (@shujiokishima) May 24, 2018
#PerlisIsSoSmall people tweeting about it more than the total population of Perlis. 😂
— Ir Lep (@captleppp) May 24, 2018
#PerlisIsSoSmall when you use panorama mode on your camera, you dont have to rotate to take photo of the whole state.
— Effi Saharudin 🇲🇾 (@1Obefiend) May 24, 2018
It is exactly RM3 for you to get one end of Perlis to the other on Grab #PerlisIsSoSmall
— bread nad✊🏽 (@khaleesinadya) May 24, 2018
#PerlisIsSoSmall you cant get lost in Perlis 🤷♂️
— Eli Chillmonger | 🇲🇾 (@redrun_) May 24, 2018
#PerlisIsSoSmall you can fall in love at the first sight with a girl in Kedah.
— L. (@elyahalim_) May 24, 2018
#PerlisIsSoSmall you only need 1 wifi router to cover the whole state.
— sweemeng (@sweemeng) May 24, 2018
Orang Kedah pun turut join.
#PerlisIsSoSmall the frozen food section of their Tesco’s is in Kedah
— Walski Vindicated 🇲🇾 (@walski69) May 24, 2018
#PerlisIsSoSmall that when you're driving from Kedah & you blinked; suddenly you're already in Thailand
— Cik Karipap (@karipap_oksigen) May 24, 2018
#PerlisIsSoSmall that you can throw a stone from Kedah to Thailand over Perlis
— THENA, THOT DESTROYER🐝 (@ThenaDlmJamban) May 24, 2018
#PerlisIsSoSmall the 100m sprint track ends in Kedah
— Žarr (@AlbionZarr14) May 24, 2018
Terhibur?
Walaubagaimanapun, Perlis tetap ada makanan-makanan power untuk anda cuba tau. Jom MakanLena kongsikan.
1. Sarapan pagi Pulut Mangga

Sememangnya Perlis terkenal dengan Mangga Harum Manis yang jadi kegilaan ramai. Tambahan lagi, kemudahan orang Perlis untuk mendapatkan beras pulut berkualiti dari Thailand menjadikan menu ini senang disediakan oleh mereka.
Memang kombinasi rasa yang padu bila rasa lemak pulut santan bercampur dengan rasa manis buah mangga.
2. Makan Tengahari Nasi ‘Ganja’ Repoh

Ingatkan Nasi Ganja ada di Ipoh sahaja, rupanya ada juga di Perlis. Daripada bau ‘harum’ nasinya, kepada bau rempah ayam goreng panas-panas, memang menggoda sesiapa yang lalu di gerai Nasi Ganja ni.
Waze sahaja Gerai Nasi Ganja Repoh untuk sampai ke destinasi. Pasti ketagih.
3. Restoran Anjung Keli, Kangar
Antara lokasi makan tengahari paling famous di Perlis. Apa yang special mengenai kedai ini adalah menu ikan keli yang disajikan. Enak sekali!
Kalau anda peminat masakan kampung, ikan sungai, ulam-ulaman, anda pasti jatuh cinta dengan restoran ini. Wajib cuba!
4. Makan Malam Bangpon Café & Bistro
Menu paling popular di Bangpon Café ini Burgedik. Besar yakmat. Pasti tak akan habis makan sorang-sorang. Bawah roti yang lembut itu terdapat homemade patty yang besar, sedap dan cukup rasa.
Oh ya, kalau nak cuba menikmati Burgedik ini, dinasihatkan untuk membuat tempahan awal dahulu ya supaya tak menunggu lama.
5. Makan Seafood Restoran Api-api, Kuala Perlis

Kuala Perlis memang terkenal dengan seafood sedap-sedap. Di restoran ini pilihan seafood yang ditawarkan memang banyak dan puas hati.
Dicadangkan untuk booking terlebih dulu sebelum sampai supaya tak perlu menunggu lama lebih-lebih lagi jika anda bawa sekeluarga untuk makan besar. Overall makanan sedap dan berpatutan. Suasana pun tenang makan sambil menikmati bayu laut.
Sekian pilihan makanan awesome yang anda boleh dapat di negeri Perlis. Sebenarnya banyak lagi makanan yang best di Perlis ni, kalau nak listkan mungkin terlalu banyak. Jadi, relevankan hashtag #PerlisIsSoSmall ini?