
Kalau anda mahu cuba makan stik yang rasa seperti di hotel lima bintang tetapi lokasinya hanya terletak di tepi jalan, anda kena cuba Stiq di Wangsa Maju.
Jika anda pernah makan Buger Bakar di Wangsa Maju Seksyen 2, jadi anda pasti akan nampak stall Stiq ini. Lebih menarik adalah cara penyediaan daging di sini. Daging akan divacumm terlebih dahulu sebelum dibakar (teknik SOUSVIDE).
Hasilnya? Daging yang tersangat lembut dan memang power!
https://www.instagram.com/p/BZjY_B8lZT5/?taken-by=stiqofficial
https://www.instagram.com/p/Bhyml5qlKNz/?taken-by=stiqofficial
https://www.instagram.com/p/BcHjRyPF9sS/?taken-by=stiqofficial
https://www.instagram.com/p/BXRjCfqluEC/?taken-by=stiqofficial
Harga pula? Bermula dari RM16 sehingga RM120 (daging wagyu) bergantung kepada selera anda. Tapi yang penting, memang puas hati. Dan khas untuk Ramadhan, ada juga menu untuk Ramadhan yang anda boleh pilih.
Apa tunggu lagi? Terjah terus Wangsa Maju Seksyen 2 dan cuba stik daging ini. Dibuka dari jam 6 petang sehingga 1 pagi. Jangan lupa tag rakan di ruangan komen untuk belanja anda stik di sini.
https://www.instagram.com/p/Bi8zFe6FS22/?taken-by=stiqofficial