Syed Saddiq, Pelaris Bazar Ramadan Muar

Pada PRU ke 14 yang lepas, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mewakili kerusi parlimen dan memenanginya dengan menewaskan pencabarnya Datuk Seri Razali Ibrahim.

Semenjak beliau dipilih menjadi ketua pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sehinggalah memenangi kerusi parlimen Muar, populariti beliau semakin meningkat.

Masuk bulan Ramadan ni pun, wajah beliau menjadi rebutan rakyat Muar terutamanya peniaga-peniaga bazar Ramadan di sekitarnya. Mari kita lihat apa yang mereka lakukan.

1. Nasi Tomato Harapan

Syed Saddiq

Apa yang menarik perhatiannya ialah gambar Syed Saddiq menghadap nasi tomato tu memang tepat timingnya. Kreatif sungguh peniaga ini.

2. Ayam Percik Syed Saddiq

Syed Saddiq

Sedap sampai tak terkata! Slogan untuk ayam percik gerai ini yang turut menunggang populariti Syed Saddiq namun tidak menggunakan wajah beliau.

3. Air Buah Fresh Syed Saddiq

Syed Saddiq

Kebiasaan untuk produk lain, jika ada wajah orang yang buat ‘posing’ thumbs up tu selalunya pemilik produk mahupun gerai. Adakah ini gerai yang dimiliki oleh Syed Saddiq?

4. Cadar Syed Saddiq

Syed Saddiq

Kami yakin produk ini khas untuk para wanita di luar sana. Harap tiadalah dari pihak lelaki untuk memiliki cadar ini pula ya.

Sarung bantal kanan ada Syed Saddiq, sarung bantal kiri ada Syed Saddiq, cadar pun ada Syed Saddiq. Apa lagi gadis nak?

Komen Syed Saddiq

Untuk pengetahuan semua, Syed Saddiq sendiri telah mengetahui tentang adanya fenomena tentang dirinya ini di Muar melalui Facebook beliau. Beliau sempat berseloroh untuk mengenakan cas kepada mereka yang menggunakan wajahnya.

Apapun bagi kami, ini merupakan satu tanda sokongan rakyat Muar kepada dirinya. Diharap beliau dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan baik.