Restoran Makanan Korea Terbaik Di Sekitar Lembah Klang

Annyeonghaseyo. Walaupun demam K-Pop sudah mula surut di Malaysia tetapi trend ‘Mukbang’ telah mencetuskan inspirasi rakyat Malaysia untuk mencuba makanan Korea. Ini antara restoran yang menyajikan makanan Korea yang dijamin sedap dan halal untuk anda cuba.

1. NeNe Chicken

Jika anda sudah bosan makan ayam goreng dari restoran makanan segera yang biasa anda lawati, apa kata cuba ayam goreng di NeNe Chicken di Starling Mall, Uptown Damansara. Terdapat beberapa pilihan perisa yang boleh anda pilih disini antaranya ialah Original Fried Chicken, Swicy Fried Chicken, Freaking Hot Fried Chicken dan Bulgogi Fried Chicken. Menu di sini tidak terhad kepada ayam sahaja tetapi juga pilihan burger dan set nasi yang dikenali sebagai ‘NeNe Dosirak’.

2. BBQ Chicken

Satu lagi pilihan restoran yang patut anda cuba ialah BBQ Chicken. Restoran ini sudah membuka banyak cawangan di sekitar Lembah Klang seperti di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan banyak lagi. Seperti namanya,menu utama yang disajikan disini ialah ayam yang dipelbagaikan cara masakan dan perisanya.

3. KyoChon

Peminat makanan Korea pastinya sudah cukup kenal dengan KyoChon. Anda boleh menikmati menu KyoChon di beberapa lokasi seperti 1Utama, Pavillion, Sunwway Pyramid, MyTOWN Shopping Centre dan beberapa lokasi yang lain.

Antara hidangan yang wajib anda cuba ialah hidangan ayam dari Soy Garlic Series, Red Pepper Series dan Honey Series.

Tunggu apa lagi ajak kawan-kawan, keluarga dan pasangan anda untuk berbuka puasa dengan pilihan makanan Korea petang ini.