Kalau anda tinggal di sekitar Bandar Baru Bangi atau Kajang, roti John Unan ini antara juadah yang perlu anda cuba.
Terletak di Bazar Ramadhan Jalan Reko (Tapak Uptown Jalan Reko), dari jauh anda sudah dapat menghidu bau roti john yang enak ini. Bau roti john ini ketika dimasak memang menguji keimanan. Hebat atau tidak roti John ini? Bermula sahaja jam 4.30 petang, ramai yang sudah beratur. Kalau anda datang hari Sabtu atau Ahad, roti john ini mungkin sold out seawal jam 6 petang!




Anda boleh memilih sama ada mahu ayam atau pun daging. Harganya hanya RM4.50. Kalau anda ada berdekatan Roti John Unan, silalah cuba. Memang puas hati.