
Kepada yang berdekatan dengan bazar Ramadan perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah, pasti akan terhenti seketika dan singgah ke gerai teh ais ini.
Mana taknya, bila lalu sahaja akan disapa dengan lembut oleh Sharifah Nazirah Sayed Jamaludin, 18 yang sedang mempromosikan teh ais di gerainya.
Bukan setakat ramah dan lembut melayan pelanggan, wajahnya nan ayu bakal membuatkan ramai tertarik untuk membeli teh ais dengannya.
Kalau anda nak tahu, beliau juga merupakan seorang yang agak terkenal dan popular di media sosial Instagram dengan pengikut seramai 59,448 orang. Ini menjadikan beliau seorang InstaFamous lalu turut menyediakan servis pengiklanan di laman Instagramnya.
Menurut sumber Berita Harian, hasil jualan Teh Ais Pyorr Confirm Sedap mampu mencecah 1,500 bungkus sehari asbab daripada bantuan yang diberikan oleh Sharifah Nazirah terhadap gerai bapa saudaranya itu.
Aksi beliau menjual di bazar Ramadan turut dirakam oleh netizen, menjadikan dirinya tular di media sosial.
Rajin betul Sharifah Nazirah ni. Wajib menjadi contoh anak muda lain untuk turut berusaha menambah pendapatan sambil mengisi masa lapang