Teroka Hotel Pelantar Minyak Seaventures Dive, Sabah

Lokasinya terletak tak jauh dari Pulau Mabul, Sabah, anda akan dapati sebuah pelantar minyak di lautan. Namun, fungsinya bukan lagi sebagai pelantar minyak yang digunakan untuk menggali minyak kerana ia telah berhenti beroperasi. Pelantar minyak Seaventures Dive Rig Resort ini telah menjadi lokasi pelancongan yang pertama di dunia!

seaventuresdive

Lokasi yang kebiasaannya digunakan oleh mereka yang bekerja di sini, kini telah menjadi bagaikan sebuah hotel yang dilengkapi dengan 27 bilik yang lengkap berhawa dingin untuk anda bercuti santai bersama keluarga. Bukan setakat itu sahaja, Seaventures Dive Rig Resort juga menyediakan aktiviti-aktiviti menarik dan kemudahan WiFi turut disediakan bagi mereka yang berkunjung ke sini.

seaventuresdive

Bukan itu sahaja malahan, untuk mengelakkan anda bosan dengan pemandangan yang dikelilingi laut sahaja, pihak Seaventures Dive Rig Resort telah menyediakan juga kemudahan bilik menonton TV, bilik karaoke, meja pool dan tenis, kedai cenderamata dan bilik mesyuarat yang boleh memuatkan hingga 60 orang.

seaventuresdive

Antara aktivit yang tersedia ialah persembahan live band oleh The Sea Gypsies bakal menghiburkan anda yang ingin ke mari. Rupanya mereka ini selain sebagai ahli muzik, mereka juga merupakan penyelam scuba di sini.

Bila dah sampai ke laut, mestilah untuk melihat keindahan dunia bawah air bukan? Jangan risau, kemudahan akses untuk menyelam ke dasar laut turut tersedia di mana pihak hotel telah menyediakan elevator untuk membawa anda turun ke bawah. Oh ya, kalau anda kategori seorang yang berani, bungy jump dari pelantar minyak pun ada untuk anda!

seaventuresdive

Jika anda melakukan aktiviti menyelam skuba di sini, anda bakal dipertontonkan dengan dunia bawah laut yang sangat cantik. Berbagai spesis hidupan laut ada di sini contohnya barakuda, ikan kerapu, sotong, penyu, morays gergasi, belut reben dan berbagai jenis ikan lagi. Sudah pastilah anda juga bakal melihat terumbu karang yang sangat cantik di dalam air yang jernih dan bersih ini.

seaventuresdive

Untuk akses ke pelantar ini, anda hanya boleh ke sini dengan menggunakan bot. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web SeaVenturesDive.com. Terdapat 2 pakej yang ditawarkan di sini iaitu pakej dengan menyelam dan pakej tanpa menyelam.

Apa tunggu lagi, cepatlah riki-riki sekarang!