Kebaikan Makan Oat Ketika Bersahur

Tahukah anda oat merupakan pilihan hidangan yang sangat mengenyangkan sesuai untuk dimakan ketika sahur. Bukan sahaja mengenyangkan malah membuatkan anda berasa lebih bertenaga berbanding nasi.

Apa yang hebat tentang oat ? Oat kaya dengan serat , mangan , selenium dan magnesium yang membantu menurunkan paras kolesterol, mengawal kandungan gulan dalam badan, mengawal tekanan darah dan semestinya mengandungi kandungan fiber yang tinggi untuk sistem perkumuhan badan.

Mari kami kongsikan idea untuk menjadikan oat sebagai hidangan pilihan anda terutamanya untuk sarapan dan bulan ini untuk bersahur.

1. Oat dan Madu

Kombinasi oat dan madu merupakan gandingan yang paling klasik sekali. Rasa manis madu yang diseimbangkan dengan rasa oat ini sesuai untuk anda yang gemarkan rasa yang tidak terlalu heavy. Madu terkenal dengan pelbagai kebaikan jika diamalkan selalu.

2. Oat dan Milo

Gandingan oat dan Milo pastinya boleh membuka selera anda disamping membekalkan tenaga sepanjang hari. Jika anda bukan penggemar rasa malt coklat Milo, anda juga boleh cuba dengan perisa minuman yang lain seperti susu.

3. Oat dan Buah-buahan

Anda juga boleh menikmati oat dengan pilihan buah-buahan kegemaran anda. Anda juga boleh menambah kekacang untuk memeriahkan lagi tekstur oat itu sendiri. Pilih buah-buahan yang banyak kandungan air seperti epal untuk memastikan kandungan air dalam badan cukup untuk aktiviti harian anda sepanjang bulan puasa.