19 Lokasi Semula Jadi Yang Sukar Diterima Akal

Ciptaan Tuhan sememangnya indah. Kepada anda yang sukakan mengembara ke luar negara dan melihat pemandangan alam, MakanLena nak kongsikan 19 lokasi yang sangat cantik dan unik, bagaikan anda berada di planet lain!

1. Seven Colors Rocks, Mauritius

seven colors rock mauritius

Merupakan kawasan bukit berpasir dengan keluasan yang agak kecil sahaja. Terdiri daripada tujuh warna iaitu merah, coklat, violet, hijau, biru, ungu dan kuning.

2. Death Valley, Amerika Syarikat

death valley usa

Merupakan lembah padang pasir yang terletak di timur California, di utara Gurun Mojave dan bersempadan dengan Gurun Great Basin. Antara lokasi terpanas di dunia dan boleh mencecah sama tahapnya dengan gurun di Timur Tengah.

3. Lençóis Maranhenses, Brazil

Lençóis Maranhenses, Brazil

Ia adalah kawasan yang rendah, rata, dilapisi dengan bukit pasir yang besar. Ia merangkumi keluasan kira-kira 1,500 kilometer persegi, dan walaupun terdapat banyak hujan, tiada tumbuhan yang dapat bertahan di lokasi ini.

4. The Wave, Arizona, Amerika Syarikat

The Wave, Arizona, Usa

Kawasan yang terbina daripada formasi batuan yang terletak di Arizona. Pembentukan formasi ini terkenal di kalangan para pelancong dan jurugambar kerana reka bentuknya yang beraneka warna dan berombak.

5. Tasik Natron, Tanzania

Tasik Natron, Tanzania

Tasik ini adalah tasik garam dan soda di Wilayah Arusha di utara Tanzania. Tahap penyejatan yang tinggi telah meninggalkan natron (natrium karbonat decahydrate) dan trona (natrium sesquicarbonate dihydrate). Kealkalian tasik Natron boleh mencapai pH lebih besar daripada 12.

6. Spotted Lake, Kanada

Spotted Lake, Kanada

Spotted Lake adalah tasik beralkali endorheik yang terletak di barat laut Osoyoos di timur Lembah Similkameen di British Columbia, Kanada. Kebanyakan air di dalam tasik mengeluap sepanjang musim panas, lalu mendedahkan deposit mineral berwarna-warni. “Titik” yang besar di tasik itu muncul dan berwarna mengikut komposisi mineral dan jumlah pemendakan bermusim di dalamnya.

7. Gurun Namib, Namibia

Gurun Namib, Namibia

Gurun Namib merentasi lebih dari 2,000 kilometer di sepanjang pantai Atlantik Angola, Namibia, dan Afrika Selatan, memanjang ke arah selatan dari Sungai Carunjamba di Angola, melalui Namibia dan ke Sungai Olifants di Cape Barat , Afrika Selatan. Namib hampir tidak didiami oleh manusia kecuali beberapa penempatan kecil dan kumpulan pastoral pribumi, termasuk Ovahimba dan Obatjimba Herero di utara, dan Nama Topnaar di rantau pusat.

8. Painted Dunes, Lassen Volcanic National Park, Amerika Syarikat

Painted Dunes, Lassen Volcanic National Park, Usa

Ciri utama taman ini ialah Lassen Peak, plag gunung berapi terbesar di dunia dan gunung berapi paling selatan di Banjaran Cascade. Sumber panas untuk gunung berapi di kawasan Lassen ini adalah daripada subduksi di pantai utara California dari Gorda Plate menyelam di bawah Plat Amerika Utara.

9. Dallol Volcano, Ethiopia

Dallol Volcano, Ethiopia

Dallol merupakan gunung berapi kerucut di Depression Danakil, timur laut Erta Ale Range di Ethiopia. Ia telah dibentuk oleh pencerobohan magma basaltik ke dalam deposit asin Miocene dan aktiviti hidrotermal yang berterusan.

10. Abraham Lake, Kanada

Abraham Lake, Kanada

Kawasan ini merupakan tasik buatan di utara sungai Saskatchewan di barat Alberta, Kanada. Walaupun ianya merupakan tasik buatan manusia, tasik ini mempunyai warna biru glasier di Pegunungan Rocky, yang disebabkan oleh tepung batu seperti di tasik glasier yang lain.

11. Red Beach, Panjin, China

Red Beach, Panjin, China

Red Beach, yang terletak di Dawa County, Panjin, Liaoning, China, terkenal dengan lanskapnya yang menampilkan tumbuhan merah salsa Suaeda dari keluarga Chenopodiaceae. Keadaan tanahnya lembap dan memiliki rumput laut terbesar di dunia.

12. Grand Prismatic Spring, Wyoming, Amerika Syarikat

Grand Prismatic Spring, Wyoming, Usa

Ianya terletak di Taman Negara Yellowstone, merupakan kawasan air panas semula jadi terbesar di Amerika Syarikat, dan yang ketiga terbesar di dunia, selepas Tasik Pan di New Zealand dan Tasik Boiling di Dominica. Warnanya sepadan dengan penyebaran warna pelangi iaitu merah, oren, kuning, hijau, dan biru.

13. Giant Causeway, Ireland Utara

Giant causeway, ireland utara

Giant Causeway merupakan kawasan yang mempunyai lebih 40,000 lajur basalt yang bersambung, hasil letusan gunung berapi purba kuno. Ia diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1986, dan rizab alam semula jadi pada tahun 1987 oleh Jabatan Alam Sekitar Ireland Utara.

14. Pokok Dragonblood, Pulau Socotra, Yaman

Dragonblood, Pulau Socotra, Yaman

Socotra dianggap permata keperlbagaian bio di Laut Arab. Pokok Dragonblood (Dracaena cinnabari), yang merupakan pokok berbentuk payung yang kelihatan pelik merupakan keistimewaan fauna pulau ini.

15. Son Doong Cave, Vietnam

Son Doong Cave, Vietnam

Gua ini mempunyai bahagian rentas yang terbesar di dunia, dan terletak berhampiran sempadan Laos-Vietnam. Pintu utama gua ini juga adalah yang terbesar di dunia dengan isipadu – 38.4 × 106 meter padu. Ia lebih daripada 5 kilometer panjang, 200 meter tinggi dan 150 meter lebar. Keratan rentasnya dipercayai dua kali lebih besar daripada gua berikutnya iaitu Gua Rusa, Malaysia.

16. Pamukkale, Turki

Pamukkale, Turki

Pamukkale, yang bermaksud “istana kapas” dalam bahasa Turki, adalah tapak semula jadi di Denizli, barat daya Turki. Kawasan ini terkenal dengan mineral karbonat yang ditinggalkan oleh air yang mengalir. Ia terletak di wilayah Aegean Turki, di lembah Sungai Menderes, yang mempunyai iklim yang sederhana untuk kebanyakan tahun.

17. Fly Geyser, Nevada, Amerika Syarikat

Fly Geyser, Nevada, Usa

Fly Geyser, juga dikenali sebagai Fly Ranch Geyser adalah geyser geoterma kecil yang terletak di tanah milik persendirian di Washoe County, Nevada kira-kira 32 kilometer di utara Gerlach. Fly Geyser secara tidak sengaja ditemui semasa penggerudian telaga pada tahun 1964 ketika penerokaan sumber tenaga geoterma.

18. Glowworms Cave, New Zealand

Glowworms Cave, New Zealand

Ia terkenal dengan populasi Arachnocampa luminosa, sejenis spesies bercahaya yang ditemui secara eksklusif di New Zealand. Gua ini adalah sebahagian daripada sistem Waitomo Caves yang merangkumi Gua Ruakuri dan Gua Aranui.

19. Pergunungan Tianzi, China

Pergunungan Tianzi, China

Gunung Tianzi terletak di Zhangjiajie di Wilayah Hunan China, berhampiran dengan Lembah Suoxi. Disebabkan keindahan alam di sini, ia pernah menjadi antara lokasi penggambaran dunia asing dalam filem Avatar.