‘Nasi Lemak Bumbung Seapark PJ’ Yang Power, Wajib Cuba

Tak tahu nak makan mana untuk berbuka atau sahur? Ini salah satu port nasi lemak power yang anda kena cuba.

Nama untuk nasi lemak ini juga pelbagai. Ada yang panggil nasi lemak bumbung. Ada yang panggil dengan nama yang lebih radikal. Nama apa? Itu anda kena tanya tuan kedai ini sendiri.

Berdasarkan perbincangan dengan rakan-rakan, nasi lemak ini sentiasa menjadi tumpuan pengunjung tak kira kaum kerana nasi lemaknya yang tidak terlampau berlemak. Ditambak pula dengan sambalnya yang pedas dan ayam goreng yang sentiasa digoreng panas, memang puas hati!

https://www.instagram.com/p/BjkNG4xn_2C/?taken-at=247794507

https://www.instagram.com/p/BhWTWDJFvnx/?tagged=nasilemakbumbung

https://www.instagram.com/p/BgYpBN_AGbs/?tagged=nasilemakbumbung

Harga untuk nasi lemak ayam adalah RM7.50 yang pada kami berbaloi dengan harganya. Siapa pernah makan di sini? Kalau kami ke sini, kami biasanya akan pesan indomee ayam goreng juga. Cubalah makan di sini untuk sahur nanti. Memang pergi.

Nasi Lemak Bumbung
Lokasi: Jalan 21/11b Seapark 46300 PJ
Operasi: 5.30PM – 4PM

Featured Image Credit: Ms Leong Joanne