Berat Naik Berkilo Lepas Raya? Ini Amalan Mudah Untuk Kurus

Macam mana dengan raya anda baru-baru ini? Kami dari MakanLena semakin hari semakin banyak kali mendengar tentang ramai yang alami berat badan naik berkilo disebabkan tak dapat kawal nafsu makan ketika raya.

Pergi memenuhi jemputan rumah terbuka di sana sini, asyik makan tanpa henti, memang menjadi masalah utama. Kalau kita pergi ke majlis orang kemudian kata tengah berdiet, pasti kurang manis bukan? Lagi-lagi pula kalau anda pengamal minuman berkarbonat, lagilah bahaya.

Kali ini kami nak berkongsi dengan anda bahan yang senang untuk anda cairkan lemak. Anda hanya perlu amalkan setiap pagi sebelum makan dan juga sebelum tidur setiap hari.

Resepi Kurus

1 gelas air suam
1 sudu cuka
1 hirisan lemon
1 uncang Sottile Tea – untuk kesan yang lebih baik

Khasiat Cuka Epal

Cuka epal ialah salah satu cara kuruskan badan yang baru terkenal yang membantu menurunkan dan mengawal berat badan dengan lebih mudah, selamat dan berkesan.

Dengan cara ini ia dapat membantu mengurangkan selera anda untuk makan berlebihan, menghalang penyerapan lebihan lemak dan minyak dalam tubuh dan membantu melancarkan sistem pelawasan.

Khasiat Lemon

Lemon membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cekap dan berkesan. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan dengan lancar.

Cubalah!

Kredit Gambar: Unsplash