Burger King Juga Tunggang Sekali Dengan Menu Baru Nasi King

Sejak kebelakangan ini semakin rancak pula syarikat franchise makanan segera di Malaysia membawa masuk resepi berasaskan bahan ruji rakyat Malaysia iaitu nasi ke dalam menu mereka. Terbaru, Burger King pula malancarkan menu terbaru mereka yang diberi nama Nasi King.

Menu ini dihidangkan bersama nasi dimasak lembut dengan resepi istimewa beserta paha ayam BBQ yang dipanggang dengan api dan dihiasi dengan salad segar. Dikhabarkan ayamnya dipanggang begitu sempurna sehingga menjadi lembut dan enak untuk dinikmati.

Dikatakan menu ini adalah sihat dah berbeza dengan menu yang dihidangkan oleh pesaing Burger King kerana hanya mereka sahaja yang menhidangkan ayam BBQ. Menu ini juga boleh didapati dengan hidangan ayam goreng biasa ataupun pedas yang dinikmati bersama teh ais limau atau teh hijau panas.

Bermula dengan harga RM7.90 bagi ala carte dan RM9.50 untuk set, kami rasakan agak berbaloi dengan hidangan yang kita dapat. Hidangan ini bakal menemui penggemarnya mulai Selasa, 10 Julai 2018. Jom beratur depan Burger King!

Kredit gambar: Harian Metro