Nasi Lemak Khora-Khora, Warung Wak Kentut Buatkan Anda Terkesima Sebentar

Dengar nama menu nasi lemak ni, pasti anda sudah merasa pelik bukan? Nak tahu apa yang menyebabkan namanya menjadi sebegitu catchy, mari MakanLena kongsikan.

Terletak berhampiran dengan stesen KTM Kulai, Johor, warung yang telah dibuka sejak 1989 ini hanya menyediakan satu menu sahaja, iaitu nasi lemak. Yang menjadikannya special adalah ayam gorengnya yang rangup di luar dan lembut di dalam.

nasi lemak wak kentut

Dikhabarkan, ayam yang digunakan segar dan ianya digoreng sebanyak dua kali sebelum dihidangkan kepada pelanggan. Campuran perapan rempah ratus rahsia digunakan bagi menambahkan rasa enak pada ayam goreng tersebut.

nasi lemak wak kentut

Nasi lemaknya pula dikukus sehingga menghasilkan bau yang harum. Sambal yang disediakan pula manis dan tidak berapa pedas menjadikan ia sesuai dinikmati oleh kanak-kanak.

nasi lemak wak kentut

Macam mana pula dengan nama Wak Kentut? Menurut anak kepada pemilik warung ini, Ira, ayahnya sering meminum air teh halia di mana sesuai untuk membuang angin dalam badan. Kemudian, ayahnya suka kentut kenakan kawan-kawan rapat dengan dia. Obvious kan?

nasi lemak wak kentut

Warung ini dibuka daripada jam 5 petang hinggalah 12 tengah malam. Ianya ditutup pada hari Ahad. Jangan lupa singgah ye, kami kongsikan alamatnya di bawah.

Nama restoran: Warung Nasi Lemak Wak Kentut
Alamat: Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, Kulai, Johor.
GPS: 1.652333, 103.609871

Kredit Gambar: Foursquare