
Stress dengan kehidupan seharian memang tidak dapat dipisahkan. Stress dengan tempat kerja, dengan boyfriend, dengan jalan jem, memang buat kepala kita serabut.
Antara cara untuk anda kurangkan stress ialah dengan menjamu selera. Mari MakanLena kongsikan 5 makanan yang mampu mengurangkan stress sekaligus dapat menambahkan kesihatan anda.
1. Teh Hijau
Antara hidangan minum petang yang popular dikalangan masyarakat Cina. Teh hijau bagus untuk diamalkan kerana ia mempunyai asid amino yang dipanggil theanine dimana ainya mampu membuatkan anda lebih tenang dan membantu mendapatkan tidur yang lebih berkualiti. Oh ya, teh hijau juga bagus diamalkan untuk mereka yang ingin diet.
Rasa berat badan meningkat selepas raya? Cuba baca ini untuk dapatkan solusinya.
2. Coklat
Siapa tak suka coklat kan? Lagi-lagi perempuan. Menurut kajian, mereka yang selalu memakan coklat mempunyai kandungan hormon stress yang rendah dalam darah. Kalau nak diet pula, digalakkan untuk amalkan dark chocholate.
3. Salmon
Omega 3S yang terdapat di dalam ikan salmon mampu mengurangkan stress dalam badan kita. Bila dah tenang, senanglah kita nak fikir masak apa yang sedap dengan gunakan ikan salmon, betul tak?
4. Oat
Hidangan yang sering dikaitkan dengan mereka yang ingin diet kerana oat mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Kajian juga menunjukkan yang oat mampu mengurangkan stress disebabkan kandungan kolesterol yang merendah dalam badan. Nak sedap, tambahkan kismis dan berry semasa menikmati oat ini.
5. Susu
Tidak kisah sumber susu itu daripada haiwan ataupun tumbuhan. Susu mampu mengurangkan stress terutamanya kepada wanita yang mengalami PMS kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi dapat merendahkan hormon stress. Susu juga dapat memberikan anda tidur yang lebih nyenyak dan selesa.
Cuba amalkan makanan-makanan di atas sekiranya anda merasakan stress dalam badan anda agak tinggi sekarang. Ini adalah antara ikhtiar yang patut anda cuba. Perkara yang terbaik ialah anda cuba untuk hindari perkara-perkara yang mampu meningkatkan kadar stress dalam badan anda.
Kredit gambar: Unsplash