Aiskrim D24 Durian McFlurry McDonald’s Makan Sampai Puas Hari Ini!

Kepada yang masih terngiang-ngiang dengan rasa D24 Durian McFlurry McDonald’s pada tahun lepas, ini peluang untuk anda. Aiskrim yang pada hemat kami antara hasil yang tersedap oleh McDonald’s akan kembali semula pada hari ini.

Cuma pada kali ini, format yang dibawakan oleh McDonald’s agak menarik. Anda berpeluang untuk menikmati aiskrim ini sepuasnya sebanyak mungkin yang anda mahukan dengan sertai acara All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry dengan harga RM10 sahaja!

d24 durian mcflurry mcdonald's

Syaratnya:

1. Hanya sah untuk hari ini, 17 Julai 2018 dan terdapat dua sesi. Sesi pertama pada pukul 3 hingga 4 petang. Sesi kedua pada pukul 5 hingga 6 petang.

2. Terhad kepada 20 orang pertama sahaja untuk satu sesi. Siapa cepat, dia dapat!

3. Boleh sertai accara ini diseluruh outlet McDonald’s di Malaysia.

4. Pendaftaran sesi pertama pada pukul 2.30 petang. Pendaftaran sesi kedua pada pukul 4.30 petang.

5. Pendaftaran akan ditutup selepas cuku kuota 20 orang untuk satu sesi.

6. Pembayaran penuh perlu dilakukan semasa waktu pendaftaran.

7. Harga untuk seorang dewasa ialah RM10.

8. Harga untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun ialah RM10. Untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah adalah percuma.

9. Pelanggan yang sertai acara ini akan diletakkan di bahagian yang ditetapkan di mana mereka akan disediakan dengan refill aiskrim D24 Durian McFlurry tanpa had. Refill akan diberikan oleh pelayan McDonald’s.

10. Hanya untuk makan di outlet sahaja. Tidak dibenarkan untuk dibawa pulang.

Jika anda terlepas peluang untuk sertai acara ini, janganlah risau. McDonald’s tetap menjual aiskrim D24 Durian McFlurry seperti biasa dalam tempoh terhad.