
Kepada pengguna tegar aplikasi e-hailing terkenal negara, Grab, ini berita baik untuk anda. #GrabDurian kembali memasuki tahun yang keempat!
Pada kali ini, Grab menawarkan potongan harga sebanyak RM15 untuk setiap pembelian durian anda pada 21 dan 22 Julai ini apabila anda membayar menggunakan kredit GrabPay. Waktu yang ditawarkan adalah bermula daripada pukul 2 petang sehingga 10 malam di kesemua outlet GrabDurian di Lembah Klang, Perak, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Sabah dan Pahang.
Khas untuk pelanggan Platinum dan Gold di Lembah Klang, anda berpeluang menikmati harga sebiji duriang Musang King pada nilai RM8 sahaja! Caranya ialah anda tebus kredit GrabPay anda di katalog GrabRewards dengan jumlah hanya sebanyak 500 mata. Diskaun ini boleh mula ditebus bermula 18 Julai untuk pembelian pada 21 dan 22 Julai nanti.
Maklumat lanjut #GrabDurian boleh layari pautan ini.
Kredit Gambar: Cilisos