Bekas Pakar Ekonomi Ini Kongsi Cara Unik Nyalakan Api Guna Air

Beliau dahulunya seorang pakar ekonomi, Alvaro Cerezo, 36, tetapi dek kerana minat yang mendalam mengembara ke seluruh negara dan menjelajah segenap pantai yang tidak pernah dikunjungi manusia, beliau sanggup meninggalkan kerjayanya itu.

Pengalaman dan perjalanan pengembaraannya ini telah dikongsi melalui laman Facebook miliknya, Alvaro Docastaway.  Dia juga banyak berkongsi beberapa panduan serta teknik mengembara kepada orang ramai. Cerezo sangat menggemari pengembaraan yang mencabar kerana dari situ dia belajar hidup sendiri tanpa sebarang peralatan moden dan mampu bertahan berminggu-minggu lamanya hanya dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Salah satu teknik yang dikongsi oleh Cerezo adalah teknik menyalakan api menggunakan plastik berisi air.  Baginya, jika keadaan terdesak dan tiada peralatan seperti batu atau pemetik api, cara begini sudah memadai.

Untuk lebih jelas teknik yang diajarkannya, jom sama-sama kita tonton video cara beliau menyalakan api hanya dengan menggunakan air yang diisi ke dalam beg plastik.